RSS Suria

Mia Nasir diserang anjing jenis rottweiler, nyaris betis kena gigit – “Jika tidak ‘bye bye’…”

PELAKON Mia Nasir berdepan detik cemas apabila secara tiba-tiba diserang anjing jenis rottweiler ketika berada di lokasi penggambaran sebuah drama.

Meskipun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kata Mia, 33, kejadian tersebut hampir menyebabkan dia kehilangan nyawa.

“Saya dapat lari beberapa saat sebelum anjing itu datang ke arah saya. Jika tidak ‘bye bye’,” katanya.

mia 2

Mia pantas bertindak ketika kejadian.

Mia berkongsi video kejadian itu di Instagram miliknya menyaksikan anjing tersebut menggigit di bahagian betis sehingga seluarnya terkoyak.

Dia kemudian terjatuh sebelum seorang kru produksi datang cuba menyelamatkan keadaan.

Menurut Mia anjing berkenaan juga merupakan salah satu watak dalam drama berjudul Andai Tiada Dia lakonannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mia Nasir tiada niat bersaing dengan Anzalna, Afifah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Karier ‘kekasih’ Sabronzo, tuduhan ada hubungan sulit dengan ahli politik fitnah – “Saya tak kenal individu dimaksudkan”

“Dia anjing berlakon. Saya rasa pemilik anjing perlu lebih peka dan tidak biarkan tali cawak terlalu panjang sehingga boleh memdekati saya,” ujarnya.

Tambah Mia dia bernasib baik kerana jenis seluar yang dipakai menghalang anjing itu menggigit terus ke bahagian kulit.

Malah keberaniannya juga membuatkan dia tangkas berdepan situasi sebegitu.

mia 3

Mia bersyukur tidak alami sebarang kecederaan.

“Kalau pakai seluar ketat dia dah dapat gigit. Saya tiada luka atau berdarah. Tak sangka perkara ini terjadi.

“Nasib baik saya tidak takut anjing dan boleh tengok semula anjing itu. Tempat saya jatuh itu ada cermin… Kalau pecah badan pula yang kena.

“Syukur Allah lindung dalam banyak perkara,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top