SEBAGAI seorang pembuat kek atau baker yang mengutamakan kesempurnaan dalam menyediakan tempahan, setiap produk semestinya dihasilkan dengan penuh ketelitiandemi kepuasan pelanggan.
Alangkah remuknya hati apabila tempahan yang dihasilkan tiba ke tangan pelanggan dalam keadaan yang tidak sempurna.
Demikian juga dengan perkongsian dibuat oleh seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila kek cawan pavlova yang ditempah pelanggannya rosak didakwa angkara kecuaian pekerja syarikat penghantaran makanan (rider).
Salah satu cabaran rider adalah memastikan barang selamat sampai ke tangan pelanggan. -Gambar hiasan
“Bagi gambar dekat customer, elok je pavlova ni dekat seat masing-masing dan behave la sangat.
“Hello adik. Kan saya dah pesan masa kona (membelok)tu kau slow kan laspeed motor. Ini mesti dengan bumper pun kau harung laju.
“Menangis tengok. Tapi disebabkan dah Ramadan maka saya maafkanlah perbuatan kau ni dik,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosial.
Difahamkan insiden tersebut berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut Ramadan, Ahad lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:Pelik 2 kali kejadian kek baru bakar tiba-tiba basi, berlendir! Peniaga dedah ada bau busuk masa buat dekorasi
ARTIKEL BERKAITAN:Peniaga maki-maki pekerja servis penghantar barang, kek RM113 hancur tengah jalan… Driver kumpul duit bayar tapi tak cukup RM3
Dia turut memuat naik gambar sekotak kek cawan pavlova yang dikirim oleh pelanggannya, menunjukkan makanan tersebut dalam keadaan tunggang langgang dan tidak sempurna.
Ujarnya, insiden tersebut sudah cukup membuatkan dia serik untuk menggunakan kaedah penghantaran yang sama selepas ini.
Nak meluah tapi sekali kena kecam. Kenapalah hantar fragile dessert guna motor?
NETIZEN
“Sumpah lepas ni kita dah tak sehaluan. Bawa diri masing-masing,” tulisnya.
Hantaran wanita tersebut mengundang perhatian warga maya yang melontarkan reaksi yang bercampur.
Ada yang memberikan pelbagai cadangan bagi memastikan kek air tangannya sempurna sehingga tiba ke tangan pelanggan.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Namun tidak kurang juga ada yang menyifatkan kejadian berkenaan berpunca daripada kesilapannya sendiri ketika memilih kaedah penghantaran.
“Nak meluah tapi sekali kena kecam. Kenapalah hantar fragile dessert guna motor?
“Barang mahal request pakai kereta boleh tak? Orang badan besar naik motor langgar bonggol pun terbang motor tu kak.
“Selalunya kalau pavlova, baik hantar sendiri atau self pick-up. Selamat
“Seriuslah delivery pavlova guna motor? Rider pula kena minta maaf. Dah tahu makanan fragile, arrange guna motor lepas tu expect rider bawa elok-elok? Nak suruh rider tolak motor sampai rumah customer ke?” demikian antara komen netizen.