PADA usia 75 tahun masih belum terlambat bagi wanita ini untuk bergelar seorang pencipta kandungan atau content creatormasakan di media sosial.
Terkenal dengan ungkapan ikonik ‘mola-mola’bagi setiap permulaan video tutorial memasakanya,Nariah Ahmadatau lebih mesra dikenali sebagai Kakcik Yah, kini memiliki hampir200,000pengikut di TikTok.
Bagi pelayar platform itu, pastinya video Kakcik Yah menumbuk cili menggunakan lesung batu untuk menghasilkan kerabu kacang botol yang hingga kini mencecah lebih 1.7 juta tontonancukup mencuit hati.
Mana tidaknya, warga maya berkata mereka turut sama merasai ‘gegaran’ hasil tumbukan cili Kakcik Yah gara-gara telefon yang digunakan untuk merekod sesi berkenaan diletakkan di atas meja.
Ketika dihubungi mStar, Kakcik Yah yang begitu ramah berbicara berkata dia mula terjun ke dalam bidang content creatorsecara suka-suka sejak tiga tahun lalubagi berkongsi resipi masakan hariannya.
Kakcikyah sering berkongsi video masakan di TikTok.
“Saya mula aktif menggunakan TikTok sejak 2022. Sebenarnya hanya sekadar suka-suka memuat naik video memasak dan membuat live (siaran langsung). Lepas rekod saya post sendiri video-video tu.
“Set up untuk rakaman pun saya buat sendiri. Tak ada siapa tolong. Saya letak telefon atas meja, masak sorang-sorang lepas tu terus post di TikTok,” kongsinya kepada mStar.
Berasal dari Arau, Perlis, kini wanita itu menetap di Kampung Melayu di Air Itam, Pulau Pinang bersama anak lelaki bongsunya.
Kata Kakcik Yah, kebolehannya untuk membaca dan menulis membuatkan dia tidak kekok mengendalikan akaun TikTok sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Sejak video-videonya viral dan FYP (For You Page) di TikTok, Ibu tunggal kepada empat orang cahaya mata itumengakui dia semakin dikenali ramai termasuk dalamkalangan penduduk setempat.
ARTIKEL BERKAITAN:Bermula dengan sebuah kuali baharu, makcik umur 61 tahun kini jadi Youtuber… anak dedah “setiap komen dia baca”
ARTIKEL BERKAITAN:Geram makcik ‘kepochi’ kritik cara masak asam pedas, wanita jawab kenapa suka guna banyak minyak – “Ya saya pakai satu kontena”
“Sekarang ni kalau saya berjalan di bazar Ramadan di Kampung Melayu, ramai peniaga nak ambil gambar dengan saya.
“Mereka bergurau, katanya kalau ambil gambar dengan Kakcik Yah, mana tahu perniagaan lebih laris,” katanya sambil ketawa.
Selain menghasilkanvideo tutorial masakan, Kakcik Yah juga aktif berkongsi aktiviti hariannya termasuk menghadiri majlis kenduri, berkunjung ke gerai makanan mahupun ketika berada di surau.
Sejak dikenali, Kakcik Yah mula menerima banyak jemputan untuk menghasilkan videoreviu kedai makan di sekitar Pulau Pinanghingga ke Perlis.
Namun memandangkan pergerakannya agak terbatas,tidak semua jemputan yang diterima dapat dipenuhi.
Menurut Kakcik Yah yang memiliki tujuh orang cucu, selain menerima bayarandia juga sering diberi makanan sebagai tanda penghargaan daripada pemilik gerai dan kedai makan.
Sekarang ni kalau saya berjalan di bazar Ramadan di Kampung Melayu, ramai peniaga nak ambil gambar dengan saya.
NARIAH AHMAD
TIKTOKER
Sebagai pendatang baharu dalam bidang content creatormasakan,Kakcik Yah turut mengidolakan usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
“Saya kenal Khairul Aming sebagai usahawan. Jadi apabila ada orang mula samakan kami berdua, saya teruja dan terharu.
“Saya harap satu hari nanti boleh berjumpa dan jadi terkenal dan berjaya macam dia,” ujarnya penuh semangat.
Menurut Kakcik Yah, dia mengisi masa lapang dengan aktif di media sosial selepas suaminya meninggal dunia lima tahun lalu.
Ketika usia mudanya, Kakcik Yahpernah berniaga pakaian sertakuih-muih dan masih terbuka untuk menerima tempahan jika ada permintaan.
“Selain memasak, saya juga mempunyai hobi melancong ke luar negara. Saya pernah ke Korea, Thailand, Vietnam, dan Jakarta bersama rakan-rakan rombongan.
Kakcik Yah juga suka melancong bersama rakan-rakan.
“Saya juga sudah tunaikan haji pada tahun 2009 dan umrah pada bulan puasa tahun 2008. Alhamdulillah, rezeki dapat ke sana,” katanya.
Walaupun sudah berusia, Kakcikyah tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa dan lebih gemar membeli pakaian melalui TikTok Shop.
Ujar Kakcik Yah, dia terharu apabila perkongsiannya di TikTok berjaya menarik perhatian ramai sama ada yang mahu belajar resipi masakan mahupun sekadar meluangkan masa untuk menonton dan mendengar celotehnya.
“Terima kasih kepada semua yang menyokong saya di TikTok. Saya menghargai setiap komen dan sokongan yang diberikan para pengikut.
“Semoga semua yang suka tengok video saya diberi kesihatan dan murah rezeki. Saya juga nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua,” ujarnya menutup bicara.