RSS Suria

Muda mudi masa kini suka tayang kekasih, hadir kenduri kahwin sama-sama… Tak manis di mata orang tertentu, boleh cemar keberkatan majlis

KITA biasanya akan membawa ahli keluarga atau pasangan apabila hadir memenuhi undangan majlis perkahwinan.

Bagi yang masih bujang, ada kalanya mereka akan membawa kekasih atau tunang sebagai peneman.

Di aplikasi TikTok, seorang individu tular kerana menegur amalan tersebut yang dianggap tidak manis dan kurang sopan.

kenduri 2

Tetamu biasanya hadir ke majlis kenduri bersama keluarga. -Gambar hiasan

Menurut pemilik TikTok Bidadariabe, majlis yang baik itu sepatutnya dihadiri dengan cara yang baik.

“Tolong semua, jangan biasakan bawa teman lelaki atau teman wanita atau tunang, atau dalam bahasa mudahnya, seseorang yang bukan mahram untuk teman anda bagi memenuhi undangan majlis perkahwinan.

“Majlis yang baik, dijemput dengan cara yang baik, maka datangilah majlis itu dengan cara yang baik. Peringatan ini sangat penting terutama dalam konteks menjaga adab dan nilai-nilai agama.

Majlis yang baik, dijemput dengan cara yang baik, maka datangilah majlis itu dengan cara yang baik.

BIDADARIABE

“Majlis perkahwinan adalah acara yang penuh berkat dan kehadiran kita sepatutnya membawa keberkatan, bukan sebaliknya,” tulis individu itu.

Jelasnya lagi, perbuatan membawa pasangan kekasih ke majlis perkahwinan juga boleh menimbulkan fitnah.

“Jika seseorang belum mempunyai hubungan yang sah dengan pasangannya, membawa mereka ke majlis perkahwinan boleh mengundang fitnah atau salah faham, terutamanya dalam suasana yang formal dan berkait rapat dengan agama atau adat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin perempuan tak kisah ‘cut’ bajet kenduri kahwin… Menangis ayah minta RM10,000, berangan nak buat majlis gah

ARTIKEL BERKAITAN: Adik beradik lepas tangan, tak ambil cuti… Bakal pengantin menyesal buat majlis kahwin, semua kena urus sendiri

“Oleh itu, menghormati majlis dan tuan rumah dengan hadir secara sopan dan mengikut syariat adalah tanda kita menjaga maruah diri dan orang lain,” tulis individu itu lagi.

Posting individu ini meraih lebih 170,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Di ruangan komen, ada yang menyokong kenyataannya namun terdapat segelintir yang dilihat kurang bersetuju.

“Setuju, ramai tak jaga ikhtilat, termasuk saya dulu. Terima kasih atas peringatan.

“Ibu bapa dia (pengantin) yang suruh kami bawa pasangan sebab mereka nak jumpa. Jadi, perlu ke saya tolak undangan tu?

kenduri

Ramai anak muda hari ini yang tidak menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan

“Yang menjemput kata jemput sekali si dia (kekasih), dah dia yang suruh jemput sekali, kita bawa je la.

“Biasanya orang bawa kekasih sebab nak aura kahwin tu sampai,” tulis netizen.

Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, asas pergaulan yang melibatkan percampuran antara lelaki dan wanita hanya dibenarkan pada urusan darurat dan urusan keperluan bagi muamalat seharian sesama manusia.

Hal itu dibenarkan selagi tidak menimbulkan sebarang fitnah di samping menjaga batas-batas pergaulan serta garis panduan yang telah ditetapkan syariat dan memelihara nilai -nilai adab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top