RSS Suria

Muka pengantin berubah ‘klasik’ seiras mak andam lepas disolek! ‘Benda’ dalam beg mekap kekal misteri

PENAMPILAN dan solekan pengantin merupakan elemen penting dalam majlis perkahwinan, terutama bagi golongan wanita.

Bagi memastikan wajah kelihatan anggun dan menawan, mereka yang bergelar raja sehari akan mendapatkan perkhidmatan mak andam atau ‘make-up artist’ (MUA).

Bagaimanapun, seorang pengantin perempuan terkejut apabila wajahnya kelihatan seiras dengan jurusolek tradisional dari kampungnya, selepas selesai disolek.

Jurusolek akan menggunakan teknik khas untuk solekan majlis kahwin bagi menaikkan seri wajah pengantin. -Gambar hiasan

Jurusolek akan menggunakan teknik khas untuk solekan majlis kahwin bagi menaikkan seri wajah pengantin. -Gambar hiasan

Peristiwa pelik itu diceritakan semula oleh adik iparnya yang turut terkejut melihat hasil solekan mak andam berkenaan.

“Kakak ipar aku pernah make-up dengan seorang MUA ni, mak andam dari kampung, katanya make-up dia cantik.

“Apabila tengok depan-depan, MUA tu orang tua pakai lipstik merah macam orang dulu-dulu berhias,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara nak jimat, pengantin tipu MUA suruh mekap untuk konvo! Muka pucat lesi ibu terpecah rahsia

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin berendam air mata, MUA terkenal ‘hilang’ 3 jam sebelum nikah! Paling geram duit upah dah bayar penuh

Menurut wanita ini, sebelum sesi solekan bermula, MUA tersebut ada berpesan supaya beg alat soleknya tidak dilangkah oleh sesiapa.

Malah, dia turut memaklumkan terdapat ‘benda’ dalam beg berkenaan tanpa memberi penjelasan dengan lebih terperinci.

  • Muka pengantin jadi seiras mak andam.
  • Mak andam pesan jangan langkah beg – "ada benda".
  • Penampilan mak andam klasik & menyeramkan.
  • Keluarga trauma, tak guna khidmat dia lagi.
  • Netizen dakwa pernah alami kejadian sama – dikaitkan dengan susuk.

“Ingatkan make-up tu fragile kot, sekali apabila tengok hasil pada muka kakak ipar, muka dia sama dengan mak andam tu… macam kembar.

“Sumpah menakutkan, pertama dan terakhir dengan makcik tu, tak panggil dah,” tambahnya yang turut ketakutan melihat situasi berkenaan.

Warga maya turut mengalami situasi sama.

Warga maya turut mengalami situasi sama.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya termasuk mereka yang mempunyai pengalaman sama.

“Ada orang cakap, kalau membela-bela ni, ‘benda’ tu akan tarik seri kita.

“MUA dulu-dulu mesti ada yang pakai susuk, biar serinya jatuh ke pengantin.

“Lucu tapi seram, saya pernah nampak pengantin yang disolek, iras terus muka mak andamnya.

“Betul, makcik saya pernah kena, tu tahun 80-an. Muka makcik saya seiras muka mak andam masa bersanding,” demikian antara reaksi warga maya.

Scroll to Top