RSS Suria

Murid mulut lancang tegur ibu rakan melaram, mekap tebal – “Jangan sampai mama datang tepuk mulut dia”

STATUS sebagai kanak-kanakbukan ‘lesen’ untuk mereka menjadi biadab terhadap orang dewasa dansikap sebegini tidak sepatutnya dianggapremeh oleh ibu bapa.

Menerusi satu perkongsian seorang wanita di media sosial, dia meluahkan rasa tidak puas hati apabila rakan sekelas anaknya bermulut lancang dengan mengkritik penampilan dirinya.

Jelasnya, kanak-kanak itu mempersoalkan tujuan dia bersolek berlebihan apabila menghantar dan menjemput anak disekolah.

Kanak-kanak perlu diajar cara menghormati orang lebih tua. -Gambar hiasan

“Kakak balik sekolah tadi dia cerita, kawan dia cakap… Mak kautu mekap melawa je, nak hantar, ambil kaudari sekolah je pun,” katanya menerusi laman Thread.

Geram dengan kata-katakanak-kanak itu, wanita tersebut memberi amaran kepada murid terbabityang disampaikan melalui anaknya, supayamenjaga tutur kata.

Jika murid tersebutmasih melakukannya, dia tidak teragak-agak untuk mencari kanak-kanak itu dan bersemuka dengannya.

“Eh apa masalah? Tadi dah pesan kat kakak, cakap kat kawan awak tu… Mulut tu jaga, jangan esok mama datang mama tepuk mulut dia. Ingat mama ni level kawan dia ke? Dia yang beli mekap mama ke?

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita anak ‘berderet’ herdik kawan TTC 14 tahun, siap hina macam kain buruk! Suka tulis status menyindir, ‘pantang’ nampak orang pergi bercuti

ARTIKEL BERKAITAN:Pelanggan kafe terpaksa marah 2 budak biadab! Mak ayahnya sibuk selfie, main game… Langsung tak jaga anak

“Dia pula yang panas hati tengok kita hantar anak, ambil anak depan sekolah. Makcik melawa bukan untuk menunjuk kat awak, makcik melawa sebab makcik suka hargai diri makcik,” tuulisnya lagi dilaman sosial.

Dakwa wanita itu, ini bukan kali pertama kanak-kanak terbabit mencari fasal sebaliknya sebelum ini dia pernah mengganggu anaknya disekolah dengan mengambil makanannya.

“Sebelum ni, memang tahu dia ada masalah. Bila waktu rehat, dia ambil makanan anak, bila anak saya marah, dia cakap nanti dia nak tulis nama dan denda sebab dia pengawas.

Makcik melawa bukan untuk menunjuk kat awak.

NETIZEN

“Anak balik cerita, saya bagitahu cikgu kelas. Ingatkan dah selesai, alih-alih dia ‘target’ maknya pula!,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizenmeluahkan rasa kesal selepas membaca luahan hati ibu itu malah ramai berpendapat sikap kanak-kanak itu berpunca daripada didikan ibu bapa.

Komen netizen di media sosial.

“Budak-budak macam ini selalunya dibesarkan dalam suasana… Bijaknya dia! Bila biadab dalam familyorang tua gelak saja bila kurang ajar.

“Mak selekeh salah. Mak melawa salah. Ada saja la mulut-mulut tu tak senang nak tutupkan. Panas ke engokmak orang lain lawa? Mak dia tak lawa ke?

“Anak kita kena… Eh, kau kurus tapi mak kau gemuk. Yang cakap pun perut buncit, nasiblah darjah satu,” antara komen netizen.

Scroll to Top