RSS Suria

Murid OKU terima 3 tongkat beroda, tangan dah tak perlu pakai selipar! Anak Felda syukur dapat bantu

LUAHAN seorang ibu tunggal yang mengharapkan bantuantongkat beroda untuk anaknya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) berusia lima tahun ternyata didengari ramai.

Tidak meminta-minta wang tunai, dia cuma mengharapkan sumbangan tongkat beroda bagi memudahkan pergerakan anaknya, Muhammad Shairid Hadif Ridhuan Shah yang terpaksa berjalan menggunakan empat anggota badan serentak, dengan dua tangan disarungkan selipar.

Doa ibu kepada kanak-kanak OKUitu, Siti Azah Mohd Jinal, 38, ternyata dimakbulkan apabila dia menerima sumbangan secara peribadi daripada Pengasas dan Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Setia Bersahabat, Amin Mohd Shukor.

Amin sendiri berkunjung ke kediaman Siti Azah di Felda Bukit Easter di Kota Tinggi, Johor, pada Khamis.

Kisah Shairid meraih perhatian sejak hari pertama sesi persekolahan.

Bercakap kepada mStar, Amin memaklumkan pertemuan selama kira-kira 45 minit itu amat bermakna kerana dia akhirnya dapat menunaikan hajatuntuk menyerahkan sendiri sumbangan yang amat diperlukan murid OKU itu.

“Saya tengok ramai nak beri sumbangan, tapi tiada seorang nak sediakanpenyelesaian. Kerana tiada kepakaran dalam pembuatan bahan keluli, jadi saya cari pembekal dan pihak yang boleh menghasilkan tongkat beroda buat Shairid.

“Alhamdulillah, ada pihak yang boleh membuatnya, bukan sahaja tongkat itu boleh diubah laras tinggi dan rendah, malah juga dapat menyangkut beg sekolah bagi mengelakkan bebanan buku teks yang berat,” katanya ketika dihubungi.

Amin (kiri) bertemu dengan Shairid dan ibunya di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi.

Bukanitu sahaja, kemudahan tongkat yang ditempah khas untuk murid prasekolah itu juga dapat digunakan untuk jangka panjang.

“Saya custom made untuk jangka panjang. Kalau tongkat jenis sama kat hospital biasanya untuk fisioterapi dan rehab (pemulihan), tapi yang ini untuk kegunaannya sehingga usia12 tahun.

“Dia mungkin ada kekurangan di bahagian kaki, tapi membesar di bahagian badan ke atas. Jadi, tongkat ini boleh dilipat, ditinggikan dan direndahkan,” ujarnya.

Menurut Amin, sebagai seorang bapa dia tergerak hatiuntuk membantu kanak-kanak itu apatah lagi dia sendiri adalah anak kepada peneroka Felda.

“Bila tengok Shairid semangat masuk sekolah, teringat anak perempuan saya berusia empat tahun. Saya tunggu sembilan tahun untuk dikurniakan cahaya mata.

“Sebagai anak peneroka Felda, saya faham kesusahan yang dilalui,” katanya yang dibesarkan di Felda Palong 5 di Gemas, Negeri Sembilan.

Amin kagum dengan semangat Shairid yang teruja pergi ke sekolah.

Amin mengakui melihat kanak-kanak OKU itu tersenyum menggunakan tongkat beroda yang disumbangkannya merupakan satu kepuasan.

ARTIKEL BERKAITAN:Tangan pakai selipar, ramai sayu tengok semangat murid OKU ke sekolah! Ibu tak kisah apa kata orang, mahu anak berdikari

ARTIKEL BERKAITAN:Tak mampu bagi wang, pemuda kampung buat tongkat beroda untuk murid OKU… Teringin serah sendiri tapi tiada bajet

“Kepuasan yang tidak ternilai melihat Shairid senyum, ibu dia menangis terharu. Satu kepuasan yang tak dapat dibeli.

“Saya melihat ibu Shairid yang merupakan ibu tunggal sangat struggle menjalani kehidupan membesarkan anak-anak.

“Tapi saya kagum kerana dia tak pernah meminta dan tak rasa segan atau malu. Jiwa dia kuat. Ditanya pasal minta bantuan, katanya masih mampu. Saya kagumdengan ketabahan dia,” katanya yang turut memberi sumbangan wang tunai kepada ibu kanak-kanak itu.

Pemasangan tongkat beroda untuk memudahkan pergerakan Shairid.

Sementara itu, ibu Shairid iaitu Siti Azah pula tidak berhenti mengucapkan kesyukuran apabila menerima sumbangandan bantuan yang tidak putus-putus.

Setakat ini ibu kepada lima anak itu berkata, dia sudah menerima sumbangan dua tongkat beroda dan satu lagi bakal dihantar kepadanya, masing-masing daripada Amin, seorang pengusaha bengkel besi di Kedah dan pemilik bengkel motosikal di Felda Bukit Easter.

Kepuasan yang tidak ternilai melihat Shairid senyum, ibu dia menangis terharu.

AMIN MOHD SHUKOR

PENGASAS DAN PENGERUSI PERSATUAN SETIA BERSAHABAT

“Saya rasa bersyukur sangat, tak sangka. Saya gembira tengok anak memang teruja sangat.

“Biasanya saya hantar Shairid ke sekolah sampai ke kelas. Tapi tadi dari pintu pagar sekolah sudah dia nak guna tongkat tu,” katanya yang mana tiga tongkat beroda itu digunakan di sekolah dandi rumah serta kegunaandi luar.

Ibu Shairid bersyukur kerana ramai sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan. -Gambar hiasan

Sehubungan itu, Siti Azah yang berniaga kuih secara kecil-kecilan amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan pelbagai sumbangan dari wang, barang keperluan, peralatan sekolah, permainan sehingga tongkat beroda.

“Saya tak terkata sebab terharu. Saya doakan semuanya dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan,” katanya.

mStarsebelum ini melaporkan kisah Shairid yang menghidap sindrom caudal regression (CRS)begitu bersemangat di hari pertama persekolahanmeskipun berstatus OKU.

Ibu kanak-kanak itu memaklumkan anak bongsunya itu memang dilatih untuk hidup lebih berdikari kerana mahu anaknya itu berada dalam persekitaran normal bersama kanak-kanak normal lain.

Scroll to Top