RSS Suria

MV ‘Tum Tum Raya’ dikata kurang sopan, Shiha Zikir cari kelainan bawa elemen komedi

TIDAK melatah apabila video muzik (MV) lagu Tum Tum Raya yang baru sahaja dilancarkan dikatakan kurang nilai sopan santun, penyanyi Shiha Zikir menerima segala pandangan penonton itu dengan hati terbuka.

Shiha, 38, menjelaskan, dia mempunyai sebab menghasilkan klip video dengan teknik suntingan ‘fast cut’ dan ‘slow motion’ antaranya adalah ingin memberikan kelainan berbanding lagu raya lain.

Malah Shiha mengambil pandangan tersebut sebagai pembakar semangat untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti selepas ini.

Shiha (kiri) dan Ieda (kanan) memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui media.

“Saya setuju bila ada kata kurang nilai dan sopan santun. Apa yang positif mahupun negatif saya ambil. Itu semua untuk saya tambah baik.

“Sebelum ini lagu raya saya normal, tetapi untuk Tum Tum Raya ini saya nak serapkan elemen komedi.

“Bagi saya, tidaklah berlebihan ataupun jatuhkan apa-apa budaya, cumanya tarian itu sahaja yang tambah ‘energy’. Saya nak keluar daripada skeptikal lagu raya yang lain,” katanya kepada mStar.

Shiha menjawab perkara itu ketika ditemui semasa sidang media lagu baharunya berjudul Tum Tum Raya duet bersama kakaknya iaitu Ieda Zikir pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:Best dengar Tum Tum Raya Shiha Zikir tapi mana nilai sopan santun?

ARTIKEL BERKAITAN:Shiha Zikir gagal kawal sikap panas baran, pernah terbalik meja di kedai makan… Isu remeh pun boleh ‘trigger’ kemarahan

Tambah penyanyi itu, dia memohon maaf sekiranya ada yang menganggap tariannya bertujuan memasukkan elemen komedi itu agak keterlaluan dan tidak boleh diterima.

“Saya tak pandang (teguran) itu negatif. Saya akan perbaiki lagi. Jadi, minta maaf kalau tersilap. Saya buat itu hanya menghiburkan,” ujarnya.

Sementara itu, Ieda pula menganggap tarian itu tidaklah keterlaluan memandangkan lagu berkenaan berkonsepkan moden.

“Kalau perasan, dalam video klip tu, memang kita tidak ada langsung selitkan ketupat, lampu raya. Kita nak ke arah moden.

Saya nak keluar daripada skeptikal lagu raya yang lain

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

“Bagi saya, tidak ada melampaui batas yang sehingga calarkan budaya dan segalanya,” katanya.

Ditanya kos untuk menghasilkan MV tersebut, Shiha mendedahkan mereka berhabis sehingga RM150,000.

Jelas Shiha, kos tersebut adalah termasuk kempen dan juga bantuan yang akan disalurkan kemudian dengan anggaran RM30,000.

Shiha dan Ieda juga turutmemasukkan elemen klasik dalam lagu tersebut.

“Ini adalah antara muzik video yang paling tinggi pernah saya buat. Paling mahal adalah untuk sewa dan juga cat studio itu.

“Namun saya sangat puas hati dengan kos yang sudah dikeluarkan itu,” tambahnya.

Untuk info, muzik video lagu ciptaan bersama Ajay Amai, Napir Hassan dan Shiha itu mendapat tajaan daripada pusat membeli belah Giant.

Shiha dan Ieda sanggup berhabis sekitar RM150,000 untuk muzik video tersebut.

Jelas Shiha, dengan kolaborasi tersebut, Shiha dengan kerjasama Giant akan menjalankan beberapa kempen dengan menawarkan hadiah menarik seperti duit raya dan barangan keperluan raya.

Antaranya adalah, Shiha akan memilih 10 komen menarik di ruangan YouTube serta mereka yang berani menyahut cabaran ‘Tum Tum Dance’ dan memuat naiknya di media sosial masing-masing.

Tidak hanya itu, Shiha juga bermurah hati memberi duit raya kepada pengunjung di sekitar Giant terpilih mengikut syarat yang ditetapkan selain turut membantu golongan asnaf melengkapkan barangan raya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

KORANG TONTON SENDIRI MV TUM TUM RAYA SHIHA ZIKIR INI

Scroll to Top