RSS Suria

Nabila Huda ‘rehearsal’ watak baharu, monolog sindir wanita berstatus datin henti malukan suami

PERKONGSIAN video yang dibuat pelakon Nabila Huda mencuri perhatian ramai apabila dia didakwa ‘menyindir’ seorang wanita yang dikatakan perangainya tidak pernah berubah.

Dalam hantaran tersebut, Nabila atau mesra disapa Abil, 41, menyebut wanita berkenaan berstatus datin yang sukar untuk menerima pendapat orang lain.

“Aku rasa kau dah boleh stop buat benda bodoh. Berhenti malukan keluarga dan suami tercinta.

Video Abil yang dikongsi di Instagram.

“Kau sedar sikit diri kau. Ingat kau besar sangat ke? Satu Malaysia tak suka kau. Dah boleh keluar dari negara ini. Tiada orang boleh terima kau sebab perangai tak pernah berubah.

“Tengok apa kau buat? Orang lain bagi pendapat tak boleh terima. Semua nak ikut cara hidup kau. Ingat asal usul kau siapa,” katanya.

Abil memuat naik hantaran video tersebut pada Sabtu dengan menulis kapsyen dia sedang berlatih sambil bermonolog untuk sebuah watak yang diterima.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Siapa?" – Nabila Huda jijik dengar nama ibu tiri, berinya gelaran ‘perempuan itu’

ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun duduk kondo, Nabila Huda macam tak percaya akhirnya pindah rumah teres

Tanpa menyebut sebarang nama, Abil juga meminta tiada pihak yang terasa akan kata-kata tersebut.

“Aku dah banyak kali beri amaran, jangan sampai orang korek dalam-dalam dan keluarkan segala benda jahat kau buat di belakang.

Netizen terhibur dengan video yang dimuat naik Abil.

“Aku tak sebut nama, jadi janganlah terasa. Cukuplah dengan drama kau. Aku rasa status datin tak sesuai dengan muka kau,” ucapnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata ramai yang terhibur dengan video tersebut dan meninggalkan tanda emoji ketawa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top