RSS Suria

Nabila Razali tetap kerja walau sarat mengandung, gemuruh menanti kelahiran anak pertama

MASIH bekerja seperti biasa walaupun sarat mengandung, penyanyi Nabila Razali ada rasa gementar menghadapi proses bersalin tidak lama lagi.

Nabila, 32, bagi mengurangkan rasa gemuruh dia ada mendapatkan pelbagai tip dan nasihat daripada mereka yang berpengalaman sebagai persediaan fizikal dan mental.

“Rasa gementar itu memang ada, anak pertama kan? Saya banyak bertanya untuk mendapatkan tip dan persediaan sebelum bersalin.

NP (65)

Nabila gementar menanti kelahiran anak pertama.

“Alhamdulillah keluarga pun banyak bagi semangat,” katanya kepada mStar.

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa pelancaran single duet bersama Bella Astillah berjudul CACACA di Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Nabila yang dijangka bersalin bulan depan memberitahu sudah pun membuat persediaan menyambut anak sulungnya.

Malah kata Nabila, Bella turut membantunya ketika membeli barangan keperluan bayi memandangkan pelakon dan penyanyi itu sudah mempunyai dua orang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak beli barangan bayi, Nabila Razali bakal timang anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali jadi berani sejak mengandung, suka tengok cerita hantu… Lebih tertarik warna merah

“Sambil bekerja atau ada acara di pusat beli-belah sempat juga saya beli barang-barang keperluan seperti pakaian dan stroller.

“Bella pun banyak bagi nasihat tentang barang apa perlu dibeli supaya tidak membazir! Maklumlah anak pertama perasaan teruja itu lain macam,” jelasnya.

Sementara itu, Nabila berkata, walaupun sedang menghitung hari dia tidak bercadang untuk berehat sebaliknya akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa.

Kata Nabila meskipun bekerja ketika hamil datang dengan cabaran tersendiri namun dia enggan mengabaikan tugas yang diamanahkan kepadanya.

Saya banyak bertanya untuk mendapatkan tip dan persediaan sebelum bersalin.

NABILA RAZALI

PENYANYI

“Saya sudah terbiasa bekerja, jadi saya rasa boleh teruskan sehingga benar-benar cukup ‘minggu’ untuk berehat sepenuhnya.

“Ada beberapa minggu lagi sebelum saya bersalin dan sepatutnya saya mula bercuti sehak minggu lepas tetapi rasanya saya masih mampu bekerja,” ujarnya.

Tambah Nabila, dia juga akan berehat dan berpantang selama lima bulan selepas bersalin dan akan kembali aktif selepas sambutan Aidilfitri.

Bercakap mengenai lagu duet bersama Bella, Nabila memberitahu CACACA merupakan sebuah lagu pop ceria dengan elemen tarian, mengangkat tema keyakinan diri dan kebebasan bersuara.

NP (66)

Nabila dan Bella berkolaborasi dalam lagu CACACA.

Lagu ini katanya menjanjikan pengalaman muzik segar dan penuh tenaga selain mempamerkan sisi dinamik di antaranya dan Bella.

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan ini sebuah lagi projek yang ‘fun’ dan menarik.

“Bekerjasama dengan Bella juga sangat mudah

biarpun jadual kami masing-masing padat, tapi kami berdua cuba untuk memberi yang terbaik menerusi lagu ini,” katanya.

Penyanyi itu bercadang untuk berpantang selama lima bulan selepas bersalin.

“Mungkin saya akan mula bekerja semula sekitar bulan Ramadan atau Syawal,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top