RSS Suria

Nak kejar ‘engagement’ sanggup kutuk filem tempatan, Liyana Jasmay sound content creator buat reviu cara lapuk

TINDAKAN segelintir pihak terutamanya pencipta kandungan menghasilkan video reviu mengecam filem tempatan mengundang rasa kurang senang pelakon dan pengarah Liyana Jasmay.

Liyana, 38, menyifatkan tindakan berkenaan sebagai dahagakan perhatian memandangkan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai filem.

“Bila semua nak review filem sebab nak tarik pengikut tinggi jadi kutuklah apa lagi.

Copy of Untitled - 2024-09-23T133643.860

Liyana meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi hantaran di InstaStoty.

“Tolong la semua yang kutuk-kutuk sebab nak engagement tinggi ke page awak. Sangat basi!” katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Isnin.

Dalam pada itu, Liyana turut mempersoalkan kredibiliti pihak tertentu dalam membuat penilaian sesebuah karya filem.

“Tiba-tiba awak peminat filem muzikal, muzikal filem apa yang awak dah tonton?” ujarnya.

Kenyataan ditulis Liyana itu dipercayai merujuk kepada reviu terhadap filem terbaharu lakonannya berjudul Baik Punya Ah Long yang mula ditayangkan sejak 12 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mengalir air mata Liyana Jasmay, arwah ibu dan bapa tak sempat tonton filem baharu… Besar ujian ketika penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Amal pemakanan sihat, Liyana Jasmay terkejut bacaan kolesterol tinggi

Liyana tampil memegang watak Cik Pa dalam filem berkenaan bergandingan bersama pelakon lain seperti Johan, Zizan Razak, Chew Kinwah dan Afdlin.

Filem arahan Datuk Afdlin Shauki itu turut menyelitkan unsur muzikal hasil inpsirasi daripada karya Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Filem ini mengisahkan tentang dua beradik iaitu Aloy (Johan) dan Aley (Zizan) yang menjalankan perniagaan sendiri selepas dipaksa oleh bapa angkat mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top