SEORANG jemaah wanita berkongsi pengalaman lucu sewaktu mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah apabila perjalanan menaiki teksiuntuk minum teh yang sepatutnya santai bertukar menjadi trip mencabar mendaki bukit.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, wanita bernama Ekin itu dirakam oleh rakannya ketika berada di puncak sebuah bukit yang menawarkan pemandangan indah Masjidil Haram.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah bahagian dalam teksiyang bergoyang ketika membawa mereka naik ke bukit, sekali pandang nampak seperti menaiki helikopter.
Dalam masa sama Ekin dilihat tidak dapat menahan rasa lucu mengenangkan nasib ‘malang’ mereka dan tak putus-putus ketawa disebabkan pemandu teksi salah faham tentang destinasi yang ingin dituju.
Ekin berada di Tanah Suci selama tiga bulan.
“Naik teksi nak pergi minum teh tarik dekat depan masjid. Tapi teksi dekat Makkah ni bawa naik atas bukit tengok pemandangan Masjidil Haram,” tulisnyapada video.
Menurut Ekin lagi, berlaku salah faham komunikasi antara mereka berdua dengan pemandu teksi yang manamerekaingin ke kawasan Ajyad berdekatan Masjidil Haram.
Sebaliknya, pemandu tersebut menyangka mereka mahu ke Bukit Ajyad, sebuah kawasantinggi dari kawasan pusat (Ajyad).
ARTIKEL BERKAITAN:Panduan buat wasiat sebelum travel jauh atau berangkat ke Makkah… Tak rumit pun, diri akan rasa lebih tenang
ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka jemaah boleh alami ‘post umrah depression’, hanya mereka pernah sampai Tanah Suci boleh faham
“Cuak juga mula-mula sebab tak sangka dia bawa naik tinggi macam tu. Tapi bila dah sampai atas, tengok pemandangan cantik sangat
“Kami semua terus turun dan ambil gambar. Dia siap tolong ambil gambar kami lagi. Baik dan ramah orangnya,” jelasnya yang berada di Tanah Suci selama tiga bulan.
Tambahnya, walaupun berlaku kekeliruan destinasi tetapi pemandu teksi yang merupakan seorang lelaki muda berusia sekitar 20 tahun itu tetap melayan mereka dengan baik dan mesra.
Lebih membuatkan Ekin gelikan hati apabila pemandu tersebut dengan yakin memberitahu bahawa mereka sudah sampai ke tempat dituju apabila tiba di puncak bukit.
Biasa video TikTok orang pergi Makkah sedih, menginsafkan.
NETIZEN
“Tambang pun kami dah tanya awal-awal, jadi tak kena caj lebih pun. Cuma 25 riyal (RM28) je. Lepas tu dia tetap hantar kami semula ke Ajyad.
“Sampai dekat hujung rumah atas bukit tu, dia kata okay dah sampai. Masa tu kami makin kuat gelak.
“Saya cakap, bukan sini, kami nak pergi Masjid Haram (bukan nak naik bukit),” ujarnya.
Kisah dikongsikan ini bukan sahaja mencuit hati netizen yang menonton video tetapi juga menunjukkan sikap ramah dan baik hati penduduk tempatan.
Walaupun berlaku sedikit salah faham, namun layanan baik pemandu teksi itu mendapat pujian.
Antara komen netizen pada video.
“Serius mula-mula saya ingat awak naik kapal terbang.
“Jarang-jarang orang buat content (kandungan) dekat Makkah kelakar.
“Pertama kali tengok video saya fikir kayanya akak ni pusing Makkah naik helikopter.
“Biasa video TikTok orang pergi Makkah sedih, menginsafkan. Tapi kali ni lain macam. 10 kali asyik ulang, gelak lagi.
“Suka berjalan dengan orang macam ni. Sesetengah orang kalau jadi perjalanan lain macam ni dah mula moodymarah-marah sampai jadi spoil,” komenbeberapa netizen.