SEORANG wanita meluahkan rasa hairan apabila bekas suaminya kini cuba kembali berhubung dengan mengajaknya keluar bersama anak mereka.
Namun, wanita berstatus janda itu menolak semua pelawaan kerana dia sedang membuat persiapan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.
Anak-anak akan berada dalam situasi tertekan sama ada memilih bersama ibu atau bapa. -Gambar hiasan
“Dia ajak pergi makan la, pergi Cameron Hinglands la, Pulau Redang la dengan alasan nak bawa anak jalan-jalan.
“Dulu buang orang macam sampah. Tak kan la dia tak ingat?” katanya, sambil memaklumkan bercerai dengan lelaki berkenaan pada Disember 2023.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gila talak, mahu bekas isteri hidup susah naik turun balai 35 kali! Sengaja fitnah, buat laporan palsu dera anak
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu nak lacur bini, kini gila talak! Lelaki ‘panas’ tengok bekas isteri bertunang, canang sana sini masih belum cerai
Dia turut mendedahkan ketika masih dalam tempoh idah dahulu, bekas suaminya enggan mengajaknya pergi ke mana-mana.
“Dulu tak pernah ajak, nak berteman pun tak nak. Sekarang bukan main lagi ajak keluar.
“Bawa je anak tu, kenapa nak kena ada mama dia sekali? Sebelum ni OK je,” katanya.
Gila talak tu, masa buang dulu tak ingat.
NETIZEN
Wanita itu juga tertanya-tanya ke mana hilangnya wanita yang diperkenalkan bekas suaminya itu sebagai ibu baharu kepada anak mereka sebelum ini.
“Mana teman wanita dia dulu, yang sampai merajuk nak bunuh diri tu? Dah nikah kot," katanya sinis.
Reaksi netizen dan maklum balas wanita.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, antaranya menyokong tindakan wanita itu yang memilih untuk tidak berpatah balik kepada kisah silam yang menyakitkan hati.
“Gila talak tu, masa buang dulu tak ingat.
“Jangan pandang belakang, jalan terus.
“Dia cakap tak kan rujuk tu sebenarnya dia nak tunjuk ego tu tinggi. Hebat sangat la sampai jadi gila talak,” katanya.