SUDAH menjadi kebiasaan untuk kita melakukan window shopping atau ‘cuci mata’ bagi meninjau barang-barang yang dijual di pasaran sebelum membuat pembelian.
Sebaik melangkah masuk ke sesuatu premis, pastinya ada pekerja atau jurujual yang mengalu-alukan kehadiran kita sebagai pengunjung dan pelanggan berpotensi.
Malah, mereka turut melayani para pelanggan dan menawarkan servis terutama daripada segi maklumat produk dan promosi.
Seorang pelanggan bagaimanapun berkongsi pengalaman yang tidak menyenangkan ketika berkunjung ke sebuah kedai apabila mendakwa terganggu dengan sikap pekerja premis tersebut.
Jurujual bersedia melayan para pengunjung di pameran barangan elektrik. -Gambar hiasan
“Hari tu saya dengan suami nak survey peti sejuk dekat satu kedai ni. Staf di situ tanya… abang cari peti sejuk ke? Suami cakaplah tak apa, nak tengok-tengok dulu.
“Tapi sepanjang kami jalan kat tempat peti sejuk tu, dia ikut betul-betul rapat dengan suami.
“Kalau kami ada terlepas satu item dan nak patah balik untuk tengok semula tu memang kami akan berlaga dengan staf tu,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak halalkan 20 sen terbantut, peniaga air tiba-tiba disergah pelanggan… Tak puas hati dapat duit koyak!
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga rancang plot cekup pelanggan setia, tiap hari datang makan tapi tak pernah bayar! Dah kantoi tetap menipu
Lebih menjengkelkan baginya apabila jurujual berkenaan menghubungi majikannya ketika mengikut mereka meninjau kelengkapan.
“Dia telefon bos tapi sebab dia rapat dengan kami, jadi macam mengganggu sebab suara dia kuat. Sedangkan kami nak survey dalam keadaan tenang,” katanya.
Rugi kedai hilang pelanggan berpotensi hanya atas alasan pembeli tak selesa dengan staf.
PELANGGAN
Keadaan tersebut sekali gus menambah ketidakselesaan untuk mereka meneruskan mencari barang di dalam kedai tersebut.
“Bayangkanlah betapa tak selesanya kami nak window shopping, terus keluar kedai dan tak nak ke kedai tu lagi dah.
Jurujual menunjukkan fungsi tambahan dalam sebuah peti sejuk. -Gambar hiasan
“Bagi saya, kalau dah dapat pelanggan yang cakap nak tengok dulu tu, cukuplah dengan staf hanya perhatikan dari jauh, in case kami nak panggil.
“Tak semua pelanggan selesa diikut, terutamanya yang jenis introvert. Rugi kedai hilang pelanggan berpotensi hanya atas alasan pembeli rasa tak selesa dengan staf,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memahami situasi yang dihadapi pasangan suami isteri itu.
“Faham perasaan tu. Kalau ikut pun jaga jarak la. Kau dah kenapa nak ikut rapat-rapat macam orang tu nak mencuri. Tak pasal-pasal kedai lain yang dapat rezeki.
“Mungkin ada kot kes curi peti ais kat kedai dia (larat dan muat pula angkat bawa balik).
“Cakap kat suami dengan nada tinggi, bang jom kita curi peti ais yg besar ni. Menggelupur staf tu nanti,” demikian antara komen sinis netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube