RSS Suria

Nampak katil masih di ruang tamu, rakaman pemuda lawat rumah arwah ibu buat ramai sedih – “Mak aku selalu duduk sana tu”

SETIAP kali tibanya Ramadan, perasaansayu menyelubungi diri terutamanya bagi mereka yang kehilangan orang tersayang khususnya insan bergelar ibu.

Selama hayatnya, dialah yang akanmemasak juadah berbuka hinggalah mengatur setiap persiapan untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini.

Tidak tergambar rasanya kesedihan di hati mengenangkan Ramadan kali ini dilalui tanpa ibu, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang lelaki @tupatbpfoodie di TikTok.

Video berdurasi 1.13 saat yang memaparkan dia menziarahi rumah peninggalan ibu yang tidak berpenghuni, cukup membuatkan warga maya turut sama mengalirkan air mata.

Lelaki tersebut berkongsi suasana di rumah peninggalan arwah ibunya yang mengundang memori.

“Ini rumah arwah mak aku, dia dah meninggal bulan 8 hari tu (2024). Aku nak melawat rumah dia. Assalamualaikum.

“Aku sedih tengok rumah ni. Mak aku selalu duduk sana tu (katil), dia kurang sihat. Apabila aku tengok (katil), aku teringat wajah dia.

“Aku tak tahulah raya tahun ni macam mana keadaannya tanpa mak aku,” katanya dalam video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Ramadan terasa sunyi, Bapa kanak-kanak tercekik ‘gummy’ tak lupa momen akhir dengan arwah – “Dia berpaling tengok saya, senyum saja”

ARTIKEL BERKAITAN:“Bila berdoa nampaklah air mata dia jatuh” – Ibu sayu lihat anak johan tilawah ‘hilang’ penglihatan hanya mampu peluk Quran

Menurut lelaki tersebut, ibunya meninggal dunia pada pada 24 Ogos tahun lalu ketika berusia 64 tahun akibat ketumbuhan pada hempedu dan juga penyakit lain.

Justeru ujarnya, Ramadan kali ini adalah yang pertama tanpa wanita kesayangannya itu.

Peliharalah rumah tusebagai kenangan apabila rindukan arwah.

NETIZEN

Dalam video yang sama, lelaki tersebut turut berkongsi beberapa momen-momen terindah antaranya sewaktu meluangkan masa menemani arwah ibunya menikmati makanan kegemaran di luar serta menemaninya menerima rawatan.

Hingga kini video tersebut meraih lebih 67,000 jumlah tontonan dengan rata-rata warga maya turut berkongsi kisah kehilangan masing-masing, selain menitipkan doa buat arwah ibunya.

Sebahagian warga maya yang turut sama meluahkan rasa sebak dengan perkongsian lelaki tersebut.

“Samalah tahun pertama juga tanpa mak. Memang jiwa kosong, tak tahu nak cakap macam mana.

“Peliharalah rumah tu, sebagai kenangan apabila rindukan arwah. Sekurang-kurangnya terubat rindu.

“Saya menangis tengok video awak. Al-Fatihah buat arwah,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top