RSS Suria

Nedim kongsi foto keluar makan bersama Nora Danish dan anak, netizen doa kekal bahagia

KETIKA isu rumah tangga pelakon Nora Danish yang didakwa sedang bergolak hangat diperkatakan netizen, aktres berkenaan dilihat keluar bersama suaminya, Nedim Nazri dan anak mereka iaitu Mohamed Neqayl.

Menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram, Nedim memuat naik foto menikmati hidangan di sebuah restoran bersama isteri tercinta.

Kata Nedim atau Mohamad Nedim Nazri, 41, dia yang sepatutnya bergegas ke Perak untuk urusan kerja terpaksa menangguhkan perjalanan gara-gara anaknya tidak sihat.

Nedim (kiri) meluangkan masa untuk berjumpa anaknya yang sedang tidak sihat.

Nedim (kiri) meluangkan masa untuk berjumpa anaknya yang sedang tidak sihat.

“Sepatutnya saya perlu bergerak awal untuk menghadiri mesyuarat di Perak tetapi saya diberitahu anak saya tidak sihat,” katanya.

Dalam pada itu, Nedim turut memberitahu Neqayl dilihat lebih ceria dan sihat selepas melihat kehadiran kedua ibu bapanya.

Malah Nedim turut berterima kasih kepada Nora kerana membawa anak mereka untuk bertemu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mengaku rumah tangga sedang bergolak, Nora Danish dan Nedim tinggal berasingan

ARTIKEL BERKAITAN: 4 bulan tidur hotel, ubah suai rumah tak siap-siap… Nora Danish bagi tempoh sampai minggu depan

“Lihat keadaan dia (Neqayl) apabila lihat Daddy (panggilan Nedim) muncul,” ujarnya.

Perkongsian Nedim itu secara tidak langsung menepis dakwaan mengenai keretakan rumah tangga pasangan itu.

Sebelum ini menerusi temu bual bersama mStar, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, mengakui perkahwinannya dengan suami sedang bergolak.

Kata Nora, mereka berdua sedang berusaha menangani semua masalah yang berlaku secara matang.

Nora sebelum ini mengakui rumah tangganya sedang bergolak.

Netizen mendoakan rumah tangga Nedim dan Nora kembali bahagia.

Tambah pelakon drama Puteri itu juga, dia dan Nedim juga sudah tinggal berasingan sejak tiga bulan lalu dan kini menetap di rumah keluarga masing-masing.

Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top