KEBANYAKAN ibu bapa gemar berkongsi perkembangan dan pencapaian anak di laman sosial.
Apatah lagi sekiranya si kecil dilihat melangkaui perkembangan usia rakan sebaya.
Tidak ketinggalan, seorang nenek turut berkongsi cerita mengenai cucunya yang pandai melukis di laman Facebook.
Perkembangan kanak-kanak juga dapat dilihat melalui lukisan. -Gambar hiasan
“Hasil lukisan cucu yang berumur empat tahun, apabila tengok hasil seni dia.
“Tak sampai hati nak marah sebab dia lukis pada buku sekolah kakaknya, nasib buku kosong,” tulisnya menerusi akaun Facebook Rosmawati Abdullah.
Menurut wanita ini, dia pada awalnya hanya mendengar kanak-kanak berkenaanberceloteh seolah-olah sedang bercerita tentang sesuatu.
ARTIKEL BERKAITAN:Luar biasa! Budak 10 tahun mampu lukis logo ‘sebiji’ hanya dengan sekali tengok, mak ayah pernah keliru antara logo asli dan lukisan di TV
ARTIKEL BERKAITAN:Alang-alang kena langgar, bapa suruh anak ‘conteng’ kereta! Selepas 45 minit, hasilnya tak macam karya kanak-kanak biasa umur 9 tahun
Berasa hairan dengan situasi yang berlaku, dia kemudiancuba mengintai tindak tanduk cucunya yang dilihat sedang menconteng sebuah buku.
Sebaik menghampiri cucunya,diaterkejut apabila melihat lukisan beberapa orang lidi di dalam buku.
Anak-anak yang suka melukis ni, bagi saya mereka adalah genius sebab melukis karakter imaginasi sendiri.
WARGA MAYA
“Mula tu terdengar dia cakap macam bercerita, sekali tengok, dia bercerita dengan watak-watak yang dilukisnya,” ujar wanita ini yang turut berkongsi lukisan tersebut.
Menerusi gambar yang dipaparkan, lukisan berkenaan seolah-olah menceritakan beberapa insiden antara dua wanita dan seorang lelaki.
Turut kelihatan dalam lukisan adalah seorang kanak-kanak di bahagian bawah buku berkenaan.
Antara reaksi warga maya pada hantarannya.
Malah, segelintir netizen juga beranggapan bahawa lukisan itu berkisahkan tentang cinta tiga segi.
“Lukisan berkisahkan cinta tiga segi tu, percayalah kata-kata saya.
“Kisah penyondol tu,” ujar beberapa netizen sambil diperakui seorang lagi, seolah-olah memahami ‘penceritaan’ itu.
Dalam pada itu, pelayar lain tampil memuji kanak-kanak ituyang dilihat kreatif dan mempunyai kemahirandalam bidang seni.
“Anak-anak yang suka melukis ni, bagi saya mereka adalah genius sebab melukis karakter imaginasi sendiri.
“Baru empat tahun, boleh melukis bulatan dengan baik, garis lengkung, bentuk garisan ikut fungsi, tebal nipis dan ada ‘flow’ story.
“Boleh belikan dia buku lukisan dan pewarna, nampak berbakat ni,” demikian reaksi warga maya.
Pada masa sama, ada yang menyatakan ia adalah gambaran watak animasi Yuta Sakura, anime genre Jepun yang popular dalam kalangan kanak-kanak.