VIDEO penyanyi Aisha Retno menari mengikut trend di TikTok menimbulkan pelbagai reaksi termasuk rasa kurang senang sesetangah pihak melihat aksi sebegitu.
Tidak mudah melatah dengan pelbagai kecaman, kata Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, menegaskan gerakan dibuat hanya mengikut irama muzik yang dimainkan dalam video berkenaan.
“Tengah buat TikTok, tarian memang begitu,” katanya ringkas.
Aisha mahu peminat terus beri sokongan terhadap lagu baharu.
Dalam masa sama penyanyi ini berharap orang ramai lebih memberi fokus kepada album sulungnya yang baru dilancarkan pada 25 Julai lalu.
Album berjudul Re.Hab yang memuatkan 12 buah lagu itu secara keseluruhannya adalah karya hasil ciptaan sendiri.
“Daripada kecam, alang-alang itu lebih baik dengar album terbaru saya. Mesti akan suka lagu-lagu saya.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tak Adil’ luahan kecewa Aisha Retno dalam percintaan – “Baru lalui fasa patah hati yang teruk"
ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi konsert batal buat Aisha Retno ambil masa untuk setuju jayakan showcase
“Lagu ini untuk anak semua. Lima genre berbeza disatukan dalam ‘rehabilitation proses’ penulis,” ujarnya.
Terdahulu sebuah video memperlihatkan aksi Aisha menari bersama rakan artis Vanesssa Reynauld mendapat kecaman banyak pihak di laman TikTok.
Aisha tampil dengan album sulung hasil karya sendiri.
Ada yang menganggap gerakan tatian Aisha agak keterlaluan dan sengaja menarik perhatian.
“Dia memang over, memang selalu over.
“Yang depan tu nak perhatian. Biasalah dia try hard, nanti tak nampak pula,” komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube