PELBAGAI cara boleh dilakukan sebagai pengganti ucapan terima kasih mahupun tanda penghargaan.
Bagi wanita ini, dia gemar berkongsi makanan dan buah tangan kepada sesiapa sahaja yang ingin dihargainya.
Namun malangnya, niat baik tersebut sering tidak diterima seperti yang diharapkan.
“Pernah ada pengalaman, anak minta hantar dia ke rumah kawan untuk buat study group.
Permainan berkumpulan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. -Gambar hiasan AI
“Jadi kita pun hantarlah, mak kawan tu cakap dinner rumah dia je.
“Apabila nak ambil anak, kita nak balas tanda terima kasih dengan belikan cheese tart dua kotak. Tapi mak kawan anak tu tolak.
“Sungguh-sungguh tak nak sampai saya rasa kecil hati,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial.
Meskipun terkilan, namun dia bersyukur kerana buah tangan yang dibawa tetap diambil walau hanya sekotak.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dibuang kerja anggap majikan jahat, tak hargai staf! Kini alami trauma berpanjangan, menangis setiap malam
ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 20kg daging siap dipotong terbiar di kawasan pembuangan sampah – "Tergamaknya buang tanpa tanam"
Malah ibu rakan anak juga menjelaskan mereka sekeluarga tidak gemar makanan manis.
“Dia cakap tak makan manis, sedap sikit hati dengar… fikir mereka jenis amalkan pemakanan sihat,” tambahnya.
Dia yang seolah-olah ‘trauma’ untuk berkongsi rezeki seperti itu turut berkongsi satu lagi pengalaman yang sama.
Kali ini individu yang dipanggil makcik bukan sahaja menolak pemberian berkenaan malah turut merungut.
- Wanita suka beri makanan sebagai tanda terima kasih.
- Pemberiannya pernah ditolak, buat dia kecil hati.
- Pernah dimarahi kerana beri kuih dan pisang goreng.
- Kini takut beri apa-apa, risau dikritik.
- Ramai warganet sokong dan kongsi pengalaman serupa.
“Selalu saya belikan pisang goreng, kuih untuk minum petang setiap kali ke rumah seorang makcik ni.
“Tapi dia cakap tak payah beli. Dia tengok goreng pisang tu macam sebiji potong enam, nampak nipis sangat.
“Dia kata kuih pun mahal, lain kali tak payah beli,” imbasnya lagi.
Situasi-situasi tersebut membuatkan dia serik dan berasa takut untuk memberi makanan pada kenalan di masa hadapan.
Kebanyakan wanita gemar menghabiskan masa bersama. -Gambar hiasan AI
Paling dibimbangi apabila pemberian ikhlas itu dikritik tanpa memikirkan perasaannya.
“Kalau koranglah, korang rasa masih nak belikan sesuatu tak untuk orang yang menolak apa yang kita bagi.
“Sampai jadi macam takut nak belikan, risau orang complaint.
‘Sebab itu kalau orang bagi apa-apa kat saya, walaupun saya tak makan, saya akan ambil juga,” ujarnya yang memahami perasaan apabila pemberian ditolak dan dikritik.
Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Hantaran itu turut disertakan dengan persoalan, sama ada dia sendiri terlalu mudah terasa, atau memang wujud segelintir individu yang kurang menghargai usaha kecil orang lain.
Di ruangan komen, warga maya turut berkongsi pengalaman sama dan tindakan yang dilakukan.
“Saya pernah bawa makanan ke rumah seseorang tapi sebab tuan rumah dah masak, dia tak tengok pun apa yang kita bawa.
“Bagi buah la kot, sihat sikit… kadang-kadang orang tak suka manis.
“Satu perkara yang parents saya ajar, apabila orang beri kita sesuatu sebagai hadiah atau buah tangan sebagai penghargaan, ambillah tanda terima kasih,” demikian reaksi warga maya.