RSS Suria

Niezam Zaidi guna ‘wallpaper’ Fify Azmi bertudung di telefon bimbit, netizen syak sudah kembali bercinta

HUBUNGAN pelakon Niezam Zaidi bersama aktres Fify Azmi sebelum ini pernah menjadi bualan hangat apabila kedua-duanya tampil mesra dalam beberapa hantaran di media sosial.

Bagaimanapun, selepas Fify mengesahkan hubungan mereka sudah berakhir sekitar Jun lalu, ramai menyangka kisah cinta pasangan ini sudah menjadi sejarah.

Namun, lain pula ceritanya apabila Niezam atau Mohd Niezam Mohd Zaidi, 33, mencuri tumpuan dalam segmen Korek Kereta kendalian penyampai Suria FM, Kai Hassan, di akaun TikTok miliknya pada Rabu.

Netizen membuat andaian Niezam dan Fify masih mempunyai hubungan istimewa.

Menerusi perkongsian itu, netizen mendakwa melihat gambar Fify bertudung sebagai ‘wallpaper’ di telefon bimbit milik Niezam sekali gus mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Klip video pendek tersebut menjadi tular apabila rata-rata peminat mula membuat spekulasi kemungkinan hubungan mereka masih belum berakhir.

“Gambar sama dekat Instagram Fify pada 26 September tahun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Serik jaja kisah cinta, Niezam Zaidi takut kena penyakit ain

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap tiada jodoh, Fify Azmi sahkan hubungan dengan Niezam Zaidi sudah berakhir

“Dah cari dekat Instagram Fify, memang ada gambar itu.

“Dah agak Niezam dan Fify masih ada hubungan istimewa,” tulis netizen.

Sebelum ini, Niezam dan Fify turut dilihat bermain ‘pickleball’ bersama hingga mencetuskan khabar angin mereka mungkin kembali menjalinkan hubungan cinta.

Namun, ketika diminta mengulas perkara tersebut, Niezam memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai kisah peribadinya kerana bimbang berlaku perkara negatif termasuk terkena penyakit ain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top