RSS Suria

Noorkhiriah kaku ketika sampai kubur, air mata tak henti mengalir jadi jenazah masuk liang lahad

BAGI membuktikan kredibiliti sebagai seorang pelakon, pelakon Noorkhiriah memberanikan diri masuk ke dalam liang lahad menjayakan babak kematian dalam drama Seribu Tahun.

Membawakan watak Nor, Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 47, berkata dia sendiri yang meminta melakukan babak tersebut tanpa menggunakan pelakon ganti.

“Saya minta Ezad (pengarah) nak masuk liang lahad, lepas itu saya lupa. Gementar ditambah dengan ‘blur’.

Khiriah lakukan sendiri babak dikebumikan.

“Sampai di kubur saya kaku, air mata tak berhenti,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi rakaman sebalik tabir salah satu babak dalam episod drama berkenaan.

Babak tersebut memaparkan dia dikafankan seperti jenazah sebelum dikebumikan di lokasi tanah perkuburan sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN:“Siap ada riben” – Noorkhiriah dapat kain kafan sempena ulang tahun

ARTIKEL BERKAITAN:Penonton marah jalan cerita ‘Seribu Tahun’ perlahan, Noorkhiriah minta sabar tunggu episod seterusnya

Khiriah juga dilihat menangis ketika penggambaran dijalankan sambil dibantu oleh kru produksi yang membantunya masuk dan baring di dalam lahad.

Menganggap ini satu pengalaman yang cukup bermakan, Khiriah turut memuji pengarahnya iaitu Shahrulezad Mohameddin kerana membawakan satu cerita yang banyak memberikan pengajaran.

“Momen ini sangat mahal. Mata saya jadi saksi betapa Ezad (Shahrulezad) berjuang demi Seribu Tahun. Semoga setiap ketukan Ezad menjadi saham pahala.

Berakhir watak Nor dalam drama Seribu Tahun.

“Kepada yang memberi komen, percayalah watak Nor atas izin Allah,” jelasnya.

Kesungguhan Khiriah ini juga mendapat pujian ramai penonton yang kagum melihat dia memberi sepenuh komitmen terhadap watak Nor.

Selain Khiriah, drama ini turut menampilkan Azhan Rani dan Emma Maembong sebagai pelakn utama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top