RSS Suria

Nora Danish padam impian tunai haji tahun ini… “Mungkin Allah nak saya pergi dengan pasangan”

PELAKON Nora Danish terpaksa melupakan hasrat untuk menunaikan ibadah haji tahun ini meskipun sudah cukup bersedia berangkat ke Tanah Suci Makkah.

Percaya pada rezeki, bagi Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik buatnya.

Nora kekal positif walaupun tidak dapat tunaikan haji tahun ini.

“Saya nak sangat pergi haji tahun ini tapi mungkin belum ada rezeki. Malah saya dah persiapkan diri sebab itu adalah impian saya sekarang.

“Orang kata pergi haji atas jemputan Allah, jadi mungkin belum lagi untuk saya tahun ini,” katanya.

Terus berfikiran positif, Nora juga tidak menolak kemungkinan dia akan pergi ke sana bersama pasangan baharu suatu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:Sorok kisah cinta, Zaki Yamani takut orang ingat dirinya songsang

ARTIKEL BERKAITAN:Putri Dahlia hanya pendengar setia, tak campur masalah rumah tangga Nora Ariffin

Menurut pelakon ini dia tidak pernah menutup pintu hati bertemu pengganti selepas dua kali gagal dalam rumah tangga.

“Insya-Allah ada rezeki tahun depan ke? Kita tak tahu rancangan Allah. Mungkin Allah nak saya pergi tunaikan haji dengan pasangan.

“Kehidupan ini memang dicipta berpasangan, begitu juga saya, kalau hidup sendirian bosan pula,” ujarnya.

Nora dan Amyra dilantik sebagai duta koleksi Amber Oasis.

Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan usahawan Nedim Nazari pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 7 tahun, namun bercerai pada 19 Jun tahun lalu.

Sebelum itu, dia mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006, dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15.

Perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian selepas dua tahun bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top