RSS Suria

Noraniza Idris ada perancangan perlahankan karier seni, mahu lebihkan ibadah

PENYANYI Noraniza Idris berhasrat memperlahankan karier seni kerana mahu memberikan tumpuan kepada ibadah.

Meskipun sudah memasang niat itu, Noraniza, 57, berkata dia perlu mempersiapkan diri berdepan pelbagai ujian dan dugaan.

“Insya-Allah saya memang ada niat untuk lebih fokuskan ibadah.

Noraniza mahu beri tumpuan dalam beribadah.

“Suami ada bagi masa atau ‘dateline’ untuk saya perlahankan karier seni, memang ada cenderung ke arah itu.

“Tapi banyak cabarannya sebab lagi nak buat baik lagi banyak dugaan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Noraniza teruja bakal mengadakan sebuah konsert Eh Raya secara percuma yang menghimpunkan elemen hiburan, warisan budaya dan keterlibatan komuniti dalam satu sambutan Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada lagi Shiera di Suria Petang, Chiwan dan Kai Hassan menangis ‘hilang’ seorang kakak

ARTIKEL BERKAITAN:Kai Hassan deejay baharu Suria FM

Lebih mengujakan, ini merupakan konsert raya pertama dilakukannya sepanjang empat dekad bergelar anak seni.

“Saya teruja terlibat dengan Konsert Eh Raya ini sebab ia menghimpunkan pelbagai aktiviti dalam satu acara.

“Tambah pula ini kira konsert raya pertama saya selepas 40 tahun bergelar anak seni.

Noraniza teruja dengan Konsert Eh Raya.

“Dulu teringin nak buat cuma belum kesampaian, jadi bila konsert ini bakal terjadi saya memang rasa seronok sangat,” jelasnya.

Penonton yang hadir akan disajikan dengan persembahan lagu-lagu raya penuh nostalgia diiringi oleh lebih 60 penari daripada Noraniza Idris Dance Academy (Nida Tari).

Konsert Eh Raya itu bakal berlangsung di Summit USJ, Subang Jaya, Selangor pada 26 April depan bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top