BEKAS isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tidak menolak sekiranya ditakdirkan dia bertemu jodoh lagi.
Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 31, bagaimanapun enggan tergesa-gesa mencari pasangan hidup kerana kini bahagia dikelilingi insan tersayang termasuk keluarga dan sahabat baik.
“Saya ada keluarga, sahabat baik, rakan kerja, adik-beradik dan saya bersyukur Alhamdulillah.
Perkongsian Shuhada yang dimuat naik di Instastory miliknya.
“Saya tidak ada rungutan sepanjang hidup di sini, ya Allah terima kasih.
“Di masa hadapan kalau Allah izinkan Umar dan Humairah dapat daddy yang Allah reda, pun Alhamdulillah tetapi kami tidak tergesa-gesa untuk ke arah itu (berkahwin semula),” katanya.
Shuhada berkongsi perkara itu bagi menjawab soalan pengikut di Instagram yang bertanyakan mengenai perkembangan terkini hidupnya.
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Shuhada ‘naik angin’ ada pihak sakit hati tengok kebahagiaannya, siap DM kenalan di Australia sampaikan cerita buruk
ARTIKEL BERKAITAN:Hijrah kerana Allah, Shuhada tukar angin pindah Australia… Syukur anak-anak cepat sesuaikan diri
Dalam pada itu, Shuhada memberitahu dia berasa senang melihat anak-anaknya iaitu Humairah dan Umar dapat menyesuaikan diri sepanjang berada di negara orang.
Malah dia turut meluahkan rasa syukur masih ramai yang menyayangi dan mengambil berat tentang dua cahaya matanya itu.
“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Humairah dan Umar gembira. Mereka ada datuk dan nenek juga di sini (Australia).
“Mereka ada ramai makcik dan pakcik yang sayangkan mereka. Mereka ada kawan dan untuk saya pula, saya gembira apabila anak-anak saya bahagia,” ujarnya.
Pada Ogos tahun lalu, Shuhada memaklumkan dia bersama dua anaknya sudah berhijrah ke Melbourne, Australia difahamkan untuk menyambung pengajian di sebuah institusi pendidikan.
Shuhada kini hidup bahagia bersama anak-anak di Australia.
Kata Shuhada, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijrah ke negara lain dan melihat tindakan dilakukan ini merupakan satu perjuangan untuk kebaikan.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 8, dan Umar yang kini berusia 5 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!