SEBAGAI pendatang baharu, pelakon Ooi Liang Chia melalui kesukaran untuk bersaing dengan anak seni lain dalam mencari tawaran lakonan.
Chia, 30, berkata disebabkan perkara itu, dia juga berkerja sebagai guru tusiyen untuk menampung kehidupannya sehari-hari selain menunggu tawaran lakonan yang sesuai.
“Sebagai pelakon baru memang susah nak cari makan jadi saya perlu buat kerja lain. Jadi buat masa sekarang saya mengajar home tutor pergi ke rumah pelajar,” katanya kepada mStar.
Menurut Chia, para pelajarnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang, dan dia sangat menikmati tugasnya itu.
Chia gunakan ilmu sebagai peguam dengan sebaiknya.
“Saya ajar bahasa Melayu, Cina, Matematik, dan Sains. Saya punya pelajar paling kecil 3 tahun dan besar 18 tahun,” katanya lagi.
Dia yang berkelulusan undang-undang daripada Universiti Multimedia (MMU) Melaka ini memberitahu tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi mengejar impian menjadi seorang anak seni.
Malah, ilmu yang dipelajari sepanjang empat tahun itu juga turut membantunya dalam bidang yang diceburinya ketika ini.
“Saya rasa rugi tak buat apa yang saya suka, walaupun saya tidak menjadi peguam tapi apa yang saya belajar sepanjang empat tahun itu masih menolong saya dalam kehidupan saya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Cina sempoi lepak masjid, tunggu kawan-kawan Muslim solat… Ramai puji kacak, rupanya pelakon!
ARTIKEL BERKAITAN: Badan dah menggigil lapar tapi pelakon Cina ini tetap habiskan puasa… Hampir ‘give up’ setengah jam sebelum waktu berbuka
“Ia juga membuatkan orang percaya dan memberi peluang untuk berkerja sebagai guru tusyien,” kongsinya.
Menariknya, walaupun berbangsa Cina, Chia lebih selesa dan seronok bergiat aktif dalam industri perfileman Melayu.
Baginya, industri Melayu menawarkan lebih banyak peluang untuk menunjukkan bakatnya.
“Memang betul dalam drama Melayu tidak banyak yang pelukan watak Cina tapi bilang naskahnya masih banyak berbanding naskah Cina yang mungkin ada satu atau dua dalam setahun.
Tawaran yang ada cukup menampung kehidupan saya.
OOI LIANG CHIA
PELAKON
“Kalau Melayu dalam setahun ada lebih banyak naskah dan saya rasa peluang lebih banyak. Tawaran yang ada cukup menampung kehidupan saya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Chia turut muncul dalam filem terbaharu berjudul Citra Apartment yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 3 Julai ini.
Katanya lokasi set penggambaran filem ini juga sangat mencabar kerana berada di bangunan yang sudah lama ditinggalkan.
Tidak hanya itu, ia juga genre filem ini yang mengetengahkan time loop juga menguji dirinya sebagai pelakon baharu.
Chia seronok menjadi seorang pelakon.
“Saya sebenarnya agak takut bila bergandingan dengan Elisya Sandha kerana risau akan dibandingkan. Ini filem pertama saya dan saya pegang watak utama tentu saya risau.
“Ketika itu saya pun masih baharu, bawa pula genre time loop memang saya kena ingat betul-betul setiap babak yang saya lakonkan,” ujarnya.
Citra Apartment turut menampilkan pelakon lain seperti Elisya Sandha, Razdan Shamsudin, Hanna Halim dan ramai lagi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube