MENERIMA ‘rating’ atau pengiktirafan lima bintang pasti menggembirakan mereka yang bekerja dalam sebagai ‘rider’ atau pemandu e-hailing.
Pelbagai cara dilakukan bagi menambat hati pelanggan mengikut kreativiti masing-masing.
Tampil berkongsi cerita di media sosial, pemandu e-hailing, Fadly Saad berkata, dalam usaha memuaskan hati penumpang dia juga pernah berdepaninsiden memalukan sehingga menjejaskan rating lima bintang yang dipertahankan.
Kesesakan lalu lintas menyebabkan masyarakat memilih perkhidmatan e-hailing. -Gambar hiasan
“Aku bawa seorang pelanggan ke stesen KTM (Keretapi Tanah Melayu), dia suruh aku cepat sebab nak kejarmasa.
“Sejurus sampai, tempat turunkan penumpang beratur panjang dan dia minta aku potong barisan supaya dapat turunkan dia depan pintu keluar.
“Disebabkan itu, aku berlanggar sedikit dengan kereta depan, mujurlah pemandu tu baik dan hanya minta RM30.
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya teringat dekat mak” – Pemandu e-hailing buat ‘u-turn’, tak rela biar nenek tua jalan tengah panas… Sanggup minta pelanggan tunggu
ARTIKEL BERKAITAN:Pemandu e-hailing sedih, profil pelanggan gadis kolej guna foto kucing… Berani minta di WhatsApp – “Jangan lupa ya gambar untuk pakcik”
“Sebelah petang, aku ambil seorang pelanggan perempuan, semasa memandu tu aku mengelamun mengenang nasib (kejadian tadi) dan dengan yakin aku kentut dalam kereta,” ujarnya.
Bagaimanapun, lelaki itu hanya menyedari di dalam kereta dipandunya ada seorangpenumpang selepas beberapa minit dia terkentut.
Buntu dengan situasi janggal itu, dia kemudiannya mengambil langkah mendiamkan diri sepanjang perjalanan.
Lain macam teknik mengorat kau ni.
WARGA MAYA
Tambahan pula, pelanggan tersebut dilihat menutup hidung tidak tahan dengan bau kentutnya.
“Aku tersedar dan tak tahu nak ‘cover’ macam mana.
“Daripada cermin belakang, aku nampak perempuan tu tutup hidung… ya Allah malunya aku tak tahu nak cakap,” luahnya kesal.
Antara reaksi lucu daripada warga maya.
Dia yang akur dengan kesilapan diri kemudiannya berkali-kali memohon maaf pada penumpang wanita berkenaan.
Namun malangnya, rating lima bintang yang berjaya dikekalkan sejak sekian lama, telah jatuh kepada 4.9 disebabkan ‘insiden’ yang berlaku.
“Lepas pada kejadian tu, esoknya aku periksa profile rating, jatuh 4.9,” luahnya yang terpaksa akurdengan penilaianitu.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil dengan pelbagai reaksi dengan kebanyakan menganggap insiden itu mencuit hati.
“Tak tahu nak gelak atau kesian tapi faham situasi mengelamun tu, kita memang akan lupa apa kat tepi kita.
“Kalau baru lepas makan telur rebus mesti lagi padu.
“Lain macam teknik mengorat kau ni.
“Memang malu tujuh keturunan nanti,” demikian antara reaksi warga maya.