RSS Suria

Pakai baju tanpa lengan sebab fesyen, Hariz Hamdan bukan nak tayang otot – “Kalau duduk sebelah Norman Hakim memang kalah”

GEMAR mengenakan pakaian tangan lengan, pelakon Hariz Hamdan langsung tiada niat mahu menunjuk-nunjuk tubuh sasanya kepada khalayak.

Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, sebaliknya berpendapat perbuatan itu sia-sia kerana ada individu lain yang mempunyai fizikal lebih baik daripadanya.

“Bergantung pada situasi juga, macam karakter saya dalam drama X-Change saya pakai baju tanpa lengan, jadi saya ikut kesesuaian.

size NP 1 - 2024-07-07T145246.727

Hariz bukan mahu menunjuk-nunjuk tubuh badan sasa dimilikinya.

“Tiada rasa nak menunjuk ke apa, kalau duduk sebelah Norman Hakim memang kalah!

“Jadi tak perlu nak menunjuk sebab akan ada orang yang baik daripada kita,” katanya kepada mStar.

Bercakap mengenai penjagaan tubuh, Hariz memberitahu dia giat membina otot kerana ingin tampil memberi kelainan dalam penampilan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rasa jijik lakon babak cium dan jilat kaki Farah Ahmad, Hariz Hamdan lakukan atas dasar tanggungjawab sebagai pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: Sekarang masa cari duit, Hariz Hamdan tak terfikir nak bercinta di usia muda

Malah katanya, dia juga penggemar fesyen dan sangat menitikberatkan soal penampilan apatah lagi statusnya sebagai selebriti.

“Setiap tahun saya akan cuba untuk jadi lebih baik, jadi tahun ini saya nak nampak berlainan berbanding tahun lalu.

“Contohnya sebelum ini saya hanya pakai sut formal atau sesuatu yang nampak maskulin, jadi tahun ni saya nak cuba benda baharu.

“Sebagai seorang pendatang baharu kita kena cuba perkara berbeza kalau tidak kita berada di tahap sama,” jelasnya.

size NP 1 - 2024-07-07T145216.982

Hariz antara pelakon dalam drama bersiri X-Change.

Dalam perkembangan lain, Hariz memberitahu bakal muncul dengan sebuah drama bersiri berjudul X-Change yang disifatkan sebagai mencabar dirinya sebagai pelakon.

Menerusi drama tersebut, Hariz turut berbesar hati dapat bergandingan dengan nama besar seperti Datuk Rosyam Nor, Arfie Shah, Marissa Yasmin, Joey Leong, Sadiq Jamil dan Farah Ahmad.

Drama bersiri terbitan Astro Originals itu akan menemui penonton di Astro Ria dan platform penstriman Astro Go serta Sooka bermula 12 Julai ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top