RSS Suria

Pakcik datang klinik mengadu sakit rindu, teringat arwah isteri… Doktor layan borak sambil periksa jantung

TUGAS doktor bukan sekadar merawat, malah mereka juga perlu mendengar pelbagai ceritadaripada pesakit.

Di aplikasi Thread, seorang doktor tular selepas dia berkongsi kisah mengenai seorang pesakit yang sudah berusia.

Menurut Dr Kent Khaw, pesakit lelaki yang sudah kematian isterinya itu mengalami sakit-sakit di bahagian dada.

Dr Khaw berkongsi kisah pesakit itu menerusi Thread.

“Pakcik tu datang klinik, duduk depan saya sambil senyum. Dia kata dada tight sikitlah, mungkin rindu makcik (arwah isteri).

“Makcik dah tak ada. Tiap kali dada sesak, dia rasa macam tengah kena marah dengan makcik sebab makan sambal lagi.

“Saya gelak kecil. Pakcik ni jenis degil tapi sweet. Lepas periksa semua, nasib baik jantung okey. Saya bagi ubat dan pesan jaga makan (pedas),” kongsinya.

Kadang jadi doktor, kadang jadi pendengar.., kadan tujadi tempat tumpang kasih, walau sekejap.

DR KENT KHAW

Menurut Dr Khaw, tugas sebagai doktor memang memenatkan, namun pesakit-pesakit seperti ini memberi kekuatan untuk dia terus berkhidmat.

“Masa nak balik, dia pandang dan cakap… dia ni kadang tu bukan takut sakit, cuma takut tak ada orang nak bising. Saya diam kejap.

“Kadang-kadang, klinik bukan tempat rawat fizikal je. Ia tempat orang datang sebab rindu, sunyi, atau nak rasa masih ada yang peduli.

ARTIKEL BERKAITAN:Doktor tak saran pelajar ‘straight A’ ambil ‘medic’, kecuali mahu hidup mencabar atau nak ikut kehendak mak ayah

ARTIKEL BERKAITAN:Doktor kembar sering buat pesakit, bos keliru! Kini impian buka klinik bersama tercapai, cuma misi cari ‘suami twin’ tak berjaya

“Dan kita yang pakai stethoscope ni, kadang jadi doktor, kadang jadi pendengar. Kadang jadi tempat tumpang kasih, walau sekejap.

“Kerja ni penat, tapi cerita macam ni yang buat saya terus kuat,” kongsinya lagi.

Di ruangan komen, ada individu yang mengakui tersentuh selepas membaca kisah mengenai pesakit itu.

Pesakit yang datang menerima rawatan turut berkongsi kisah hidup mereka dengan doktor.

Malah, mereka turut menitipkan doa agar lelaki berkenaan terus kuat menjalani hidup tanpa isterinya.

“Semoga pakcik tu terus kuat. Beruntung makcik. Walaupun dah tak ada, tapi masih ada yang rindu.

“Ala doktor, pagi-pagi dah suruh saya potong bawang,” tulis beberapa netizen.

Scroll to Top