SIFAT prihatin dan penyayang antara nilai murni yang wajar dimiliki setiap manusia.
Dalam menjalani kehidupan harian, sifat-sifat ini perlu diterapkan apatah lagi kita hidup dalam masyarakat dengan pelbagai latar belakang.
Melalui satu hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi momen menyentuh hati sehingga mendorong dirinya untuk melakukan kebaikan.
Yang tua dihormati, yang muda disayangi. -Gambar hiasan
Menceritakan detik kejadian, wanita itu berkata dia terserempak dengan seorang lelaki lanjut usia di sebuah kedai ketika sedang membelikan makanan ringan (jajan) buat anak kecilnya.
“Ini kisah sedih baru berlaku tadi, saya singgah kedai sebab Aina (bukan nama sebenar) nak beli aiskrim.
“Tengah Aina dok pilih aiskrim yang dia nak, tiba-tiba ada seorang pakcik ni datang tanya juruwang kedai tu, berapa harga satu peket jajan ni?
ARTIKEL BERKAITAN: Boleh berniaga macam biasa, peniaga nasi lemak lobster pilih tutup kedai demi bantu mangsa banjir… Simpati ramai kawan terkesan
ARTIKEL BERKAITAN: Individu pemurah diminta fikir semula niat bantu saudara susah! Rumah ‘fully furnished’ nak bagi duduk percuma, serba salah mahu buat perjanjian
“Juruwang tu pun jawab RM3.50. Saya tengok muka pakcik tu macam dalam dilema, dia kemudian tanya balik, tak ada peket yang kecil sikit ke? Mungkin pakcik tu nak harga lebih murah, saya agak.
“Akhirnya pakcik tu ambil jajan jenama lain yang peketnya lebih kecil dengan satu botol air saiz kecil,” imbas wanita itu.
Wanita itu berkata dia terus sebak apabila mendapat tahu tujuan pakcik tersebut membeli jajan yang amat sinonim dengan golongan kanak-kanak.
Sentiasa bersyukur dengan apa kita ada, tanpa sedar ramai di luar sana menginginkan kesenangan yang kita miliki.
WARGA MAYA
“Waktu nak bayar, pakcik tu cakap macam ni, saya kesian dekat anak, setiap kali saya pergi jenguk dekat sekolah, kawan-kawan dia semua mesti ada makanan yang mereka bawa sendiri.
“Mata saya dah mula berair, saya sebenarnya dah pasang niat nak tolong bayarkan untuk pakcik tu, tapi dia hulur duit lebih awal. Sedih weh, semoga anak pakcik tu belajar rajin-rajin,” kata wanita tersebut.
Zaman kanak-kanak amat sinonim dengan jajan.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya juga mengambil iktibar daripada perkongsian kisah oleh wanita itu.
“Sentiasa bersyukur dengan apa kita ada, tanpa sedar ramai di luar sana menginginkan kesenangan yang kita miliki.
“Insaf diri ini, nak kurangkan merungut selepas ni dan lebihkan rasa syukur,” kata pelayar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube