RSS Suria

Pasangan kekasih buat ‘loan’ beli kenderaan, kongsi bayar bulanan! Si awek naik motosikal ke ofis, pakwe bergaya pandu kereta baharu

KITA pasti pernah mendengar ungkapan ‘cinta itu buta’.

Demikian kisah yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai rakannya yang sanggup berkongsi bayaran ansuran bulanan kereta dengan teman lelakinya.

“Salah seorang kawan saya beli kereta dan share bayar dengan teman lelaki dia.

“Kawan saya bukan main pergi kerja naik motor hadap hujan panas, sementara teman lelaki dia sedap pergi kerja naik kereta baharu,” kongsinya dalam satu hantaran di media sosial.

Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga perlu berbincang mengenai pelbagai aspek, terutamanya kewangan. -Gambar hiasan

Menurut individu tersebut, dia bagaimanapun tidak pasti sama ada geran kereta itu atas nama rakan atau teman lelakinya.

Bagaimanapun ujarnya, dia yakin ansuran kereta tersebut bukan dibayar secara bersama seperti mana didakwa tetapi dilunaskan sepenuhnya oleh rakannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar sampai PhD, gadis mengaku bodoh dalam bercinta… Bertahan dapat BF mat rempit, umur dah 30 masih tak nampak masa depan

ARTIKEL BERKAITAN: Mak BF suruh bayar bil Astro, pinjam duit beli barang dapur… Waktu minta bayar hutang teman lelaki bagi ayat ‘makan dalam’

Basically kawan saya bayar kereta tu full sebab sekarang nak makan pun kena catu, tak boleh makan sedap-sedap.

“Kasihan ye… harap jadi kahwinlah. Ya Allah tunjukkanlah kebenaran depan mata kawan aku bagi dia sedar. Bullshit punya jantan.

“Korang doakan kawan saya sedar cepat ya, takut salah pilih suami,” tulisnya lagi.

  • Seorang wanita mendedahkan kisah rakannya yang berkongsi bayaran ansuran kereta dengan teman lelaki.

  • Rakannya menaiki motor ke tempat kerja, manakala teman lelakinya selesa memandu kereta tersebut.

  • Dia mengesyaki ansuran kereta dibayar sepenuhnya oleh wanita itu, hingga terpaksa berjimat makan.

  • Netizen simpati dan menganggap rakan kepada wanita itu dipergunakan oleh teman lelaki yang belum tentu jadi suami.

  • Ramai menasihatkan supaya rakannya sedar dan jangan terus berkorban demi cinta yang belum pasti.

Di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan yang kelihatan seolah-olah dipergunakan oleh teman lelakinya.

Ramai yang menitipkan nasihat agar dia segera sedar dan tidak terus-terusan berkorban untuk lelaki yang belum tentu menjadi suami, apatah lagi apabila kewangan menjadi taruhan.

Reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.

“Kalau kahwin bolehlah dipertimbangkan… ini baru couple. Mari sini akak jampi kawan awak.

“Kawan kamu kena nasi kangkang ke? Kenapa nak share bayar sedangkan bukan suami isteri yang sah.

“Cinta membutakan mata,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top