RSS Suria

Pasangan tak subur rancang ambil anak angkat, mentua tak setuju risau dapat keturunan pelacur

ADA pasangan suami isteri yang memilih untuk mengambil anak angkat sebagai salah satu jalan membina keluarga yang lebih sempurna.

Keputusan ini biasanya dibuat selepas bertahun-tahun mencuba untuk hamil namun tidak berjaya.

Namun, di aplikasi Thread seorang wanita mendedahkan bahawa hasratnya untuk mengambil anak angkat mendapat tentangan mentua.

Ramai pasangan mengambil anak angkat selepas gagal mendapat zuriat sendiri. -Gambar hiasan AI

“Aku usulkan dekat suami, nak ambil anak angkat. Lepas tu suami aku macam setuju. Dia ada sembang dengan mak dia. End up mak dia marah-marah.

“Mak dia cakap kami tak tahu keturunan budak tu macam mana, silap-silap anak pelacur. Esok bila besar, ikut perangai keturunan dia.

“Aku macam terdiam sekejap di samping suami sebab kami baru rancang, belum confirm lagi,” tulis wanita itu.

Kenapa dia nak kena hina sampai macam tu? Sedangkan keturunan dia ada juga yang tak elok.

MENANTU

Jelasnya, dia dan suami bercadang mengambil anak angkat kerana mereka berdua mengalami masalah kesuburan.

Menurut pengadu lagi, dia terkilan dengan kenyataan mentuanya yang seolah-olah tidak memandang keturunan sendiri sebelum berbicara.

“Kenapa dia nak kena hina sampai macam tu? Sedangkan keturunan dia ada juga yang tak elok,” ujar wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga bertahun-tahun, wanita mahu pulangkan anak angkat! Bukan tak sayang, letih hadap keluarga kandung suka ugut dan minta duit

ARTIKEL BERKAITAN: Anak angkat kenal di TikTok nak bagi duit, emas tanda sayang… Wanita curiga tapi kesian – "Dia kata saya ni syurganya"

Berbeza dengan ibu mentuanya, wanita itu berkata keluarganya pula langsung tidak membangkang cadangan berkenaan.

“Keluarga saya cuma cakap okay, mereka suruh ambil anak angkat sebab kesian budak yang hidup susah.

“Sekurang-kurangnya (anak angkat) duduk dengan kami, makan pakai terjaga, dapat pendidikan sebab kami mampu,” ceritanya lagi.

Kehidupan suami isteri sunyi tanpa kehadiran cahaya mata. -Gambar hiasan

Di ruangan komen pula, netizen memberi reaksi berbeza-beza termasuklah yang meminta wanita itu tidak mengabaikan pandangan mentuanya.

“Memang ada kajian tentang sifat anak angkat. Hasil kajian menunjukkan anak lebih cenderung ikut ciri-ciri kognitif dan emosional ibu bapa biologi. Tapi perangai harian, sikap dan nilai hidup lebih serupa dengan ibu bapa angkat jika diasuh sejak bayi.

“Macam mana orang boleh judge kanak-kanak berdasarkan keturunannya? Kita sebagai ibu bapa (angkat) yang perlu bimbing kalau betul dia daripada keturunan tak elok,” tulis netizen.

Scroll to Top