RSS Suria

Pasya impi lagu hits bantu lonjak nama, mahu tinggalkan dunia busking

LEBIH tujuh tahun membina nama sebagai anak seni, penyanyi Pasya akur apabila namanya masih belum cukup dikenali dalam kalangan peminat muzik tempatan.

Tidak pernah berputus asa, Pasya atau Faizul Ashraff Fauzi, 30,yakin masih ada peluang untuknya terus menyinar mengejar impian bergelar artis ternama.

Bahkan itu juga adalah hasratnya agar dia tidak lagi perlu mencari makan dengan menjadi penyanyi jalanan (busker).

Pasya tidak pernah patah semangat cipta nama.

“Bidang muzik ini sajakerjaya yang saya tahu. Masa saya sepenuhnya dengan muzik.

“Saya masuk dalam industri seniuntuk menempa nama supayaboleh dapat banyak tawaran kerja dantidak perlu busking lagi.

“Kalau ada nama dan lagu hits bolehlah terima undangan menyanyi dengan bayaran lebih baik. Saya pun ada masa untuk rehat dan bersama keluarga,” katanya kepada mStar.

Pasya ditemui ketika majlis pelancaran program Raise The Star yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Empat tahun kenal hati budi, Pasya Mentor sah bergelar suami ahli perniagaan

ARTIKEL BERKAITAN:Dua bulan jadi vokalis Search, Pasya dedah sering sakit

Menjadi salah seorang peserta program berkenaan, Pasya juga berharap penyertaannya dalam program itu dapat kembalimelonjakkan namanya sebagai penyanyi.

Dalam masa sama dia juga menganggap ini adalah peluang terbaik apabila diberi peluang bekerjasama dengan komposer hebat tanah air.

Kalau ada nama dan lagu hits bolehlah terima undangan menyanyi dengan bayaran lebih baik

PASYA

PENYANYI

“Saya sudah lama dalam industri tapi tak jadi apa. Saya harap program ini boleh angkat semula diri. Sudah lama tak keluar program televisyen, mungkin inilah tempatnya.

“Ada yang kenal nama tetapi tidak lagu-lagu saya. Pertandingan ini menawarkan hadiah lagu baru, siapa tahu boleh hits.

Pasya cuba nasib dalam program Raise The Star.

“Saya kena fikirkan sesuatu yang berbeza untuk diberikan kepada peminat serta membuat orang perkatakan,” ujarnya.

Pasya merupakan salah seorang daripada 30 peserta program berkenaan yang akan memulakan siaran pada 20 Jun di saluran Astro Ria.

Lima komposer yang terlibat sebagai juri adalah Ajai, Audi Mok, Ikhwan Fattana, Shila Amzah dan Aina Abdul.

Untuk infoPasya sebelum ini pernah menyertai program Mentor 7 dan bergelar naib juara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top