RSS Suria

Patut rasa tak sama seperti makan di kedai… Rupanya bukan semua makanan sesuai ‘take away’

SEBUT sahaja stik, perkara pertama yang melintas di fikiran kita tentunya hidangan daging yang dimasak mengikut tahap kematangan berbeza.

Hidangan ini disediakan mengikut citarasa masing-masing seperti seperti mentah (rare), setengah mentah (medium rare), setengah masak (medium) dan masak (well done).

Selain stik daging lembu yang menjadi pilihan ramai, ia juga boleh dibuat menggunakan daging haiwan-haiwan lain.

Namun menurut seorang ketua cef dikenali sebagai Gustaf Djaja, stik merupakan hidangan yang sepatutnya dimakan sejurus siap dimasak.

Jika membeli stik di restoran, dia berkata agak kurang sesuai jika anda membawanya pulang (take away) untuk dimakan kemudian.

“Apabila kita masak daging, meskipun sudah diangkat dari ketuhar, proses memasaknya masih berterusan,” kata Gustaf.

stik1

Cef memberi saranan agar stik dimakan sejurus siap dimasak. -Gambar hiasan

Memandangkan proses memasak yang berterusan selama suhu stik masih panas, tahap kematangan stik akan terus berubah.

Jelas Gustaf, stik yang pada asalnya dimasak dengan kematangan medium, boleh menjadi well done jika dibiarkan di dalam aluminium foil yang menahan panas.

Aluminium foil biasa digunakan bagi membungkus stik yang dibeli untuk dibawa pulang.

“Makanya, bukan tidak disarankan, tetapi kurang disarankan membungkus stik kerana rasa dan teksturnya boleh berubah,” jelas Gustaf.

Cara menghangatkan stik boleh dilakukan dengan memanaskannya di dalam ketuhar, seperti ketika ia dimasak.

Namun, sekali lagi Gustaf mengingatkan tekstur dan rasa stik yang dipanaskan semula pasti akan berbeza daripada stik yang disajikan terus. – Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top