KETIDAKHADIRAN penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka sudah pun membayar denda dan menyelesaikan kes khalwat berkenaan.
Ruhainies dan Aliff sepatutnya berdepan perbicaraan kes berkenaan pada Khamis, namun kelibat mereka dan peguam tidak kelihatan di mahkamah.
Usaha mStar menghubungi Ruhainies dan peguamnya, Abdul Hadi Mohamad Salleh untuk mengesahkan perkara tersebut juga tidak berhasil apabila kedua-dua mereka tidak menjawab panggilan.
Aliff dan Ruhainies tidak muncul di mahkamah pada 20 dan 27 Februari.
Pada malam Rabu, media melaporkan Ruhainies dan Aliff didakwa sudah membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat mereka.
Menurut sumber, denda itu diputuskan menerusi prosiding yang berlangsung di mahkamah sama pada Jumaat lalu.
Malah, prosiding itu juga berlangsung tanpa pengetahuan media.
Sebelum ini, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 20 dan 27 Februari adalah tarikh perbicaraan kes khalwat dua selebriti itu.
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Aliff Aziz dan Ruhainies elak soalan media, tergesa-gesa tinggalkan mahkamah selepas prosiding kes khalwat
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Ada sebab Aliff Aziz dan Ruhainies kunci mulut selepas prosiding kes khalwat, ini penjelasan peguam
Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh berkenaan selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan.
Bagaimanapun, perbicaraan pada 20 Februari itu ditangguhkan.
Pada 9 Mac tahun lalu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Ruhainies dan Aliff ditangkap khalwat pada 9 Mac tahun lalu.
Aliff dan Ruhainies bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan pada 3 Julai tahun lalu.
Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Jika benar mereka membayar denda berkenaan, ia terbukti mereka berdua bersalah melakukan khalwat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami diTelegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!