RSS Suria

Peguam tegur janda ada anak perempuan, hati-hati jika kahwin baharu… Jangan buka ruang zina dalam rumah sendiri!

PERGAULAN bebas merupakan salah satu faktor yang menyebabkan zina dan maksiat hingga ia semakin berleluasa dalam dunia hari ini.

Sebagai ibu bapa, anak-anak bukan sahaja perlu dipantau ketika keluar, malah batas-batas pergaulan dalam rumah juga perlu dijaga sebaiknya.

Terbaharu seorang peguam membuat pendedahan mengejutkan apabila dia mengakui sedang menguruskan satu kes sumbang mahram di negara ini.

scandal2

Kes sumbang mahram boleh menjatuhkan maruah keluarga. -Gambar hiasan

Dalam perkongsiannya, peguam itu berkata seorang wanita sedang dalam proses untuk bercerai kerana berlakunya sumbang mahram dalam keluarganya.

“Aku peguam. Aku nak bagi peringatan untuk janda yang ada anak perempuan dan kahwin lain.

“Pastikan ada gap antara anak anda dengan ayah tiri dia. Kes terbaharu aku uruskan, isteri minta cerai sebab anak perempuan buat hubungan seks dengan ayah tiri sendiri.

Isteri jangan tinggal suami berdua je dengan anak sebab yang ketiga akan hadir… syaitan.

NETIZEN

“Sebab tiada kawalan daripada emak,” tulis peguam itu menerusi perkongsian di platform X.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan keputusan wanita itu untuk bercerai kerana apa yang berlaku tidak boleh diterima akal yang waras.

Netizen turut menasihati golongan ibu tunggal agar berfikir masak-masak sebelum berkahwin lain sekiranya mereka mempunyai anak perempuan yang sedang membesar.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang angkat kini bapa tiri, betul ke ada ‘plot twist’? Beza umur dengan ibu 20 tahun, gadis ini anggap dah jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun jadi pemuas nafsu bapa tiri, mangsa bongkar cerita di hospital selepas ibu tak percaya

“Mak tiri sinonim dengan gelaran jahat yang suka dera. Bapa tiri pula cabul, rogol dan ada hubungan seks dengan anak tiri. Sejak dulu dah ada kes macam ni.

“Sebab tu la yang bercerai ada anak ni, tolong fikir masa depan anak sebelum nak kahwin lain. Ramai yang terlalu mengejar kebahagiaan diri kononnya sampai tak nampak mudarat mendatang lebih banyak.

“Benda macam ni banyak berlaku. Cuma tak kantoi je. Macam tu jugalah kisah ipar duai jalin hubungan sulit,” tulis netizen.

Picture showing hand of businessman opening hotel room

Batas aurat serta pergaulan sesama keluarga juga perlu dijaga. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, segelintir netizen berkata wanita berkenaan tidak patut dipersalahkan kerana apa yang berlaku mungkin berpunca daripada sikap anaknya sendiri.

“Mesti anak tiri tu pun rela. Bukan terpaksa. Tapi yang penting, isteri jangan tinggal suami berdua je dengan anak. Sebab yang ketiga akan hadir syaitan. Lagi-lagi kat rumah. Tentang gap tu aku setuju.

“Sejujurnya tak ada kena mengena tentang jarak umur, Kalau dah anak jenis gatal, bapa tiri pula bertuhankan nafsu langgar halal haram, maka terjadilah benda ini,” tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top