RSS Suria

Pekerja lain tak sembahyang, staf baru masuk dakwa dipecat tanpa amaran sebab solat lama sangat

LAZIMNYA, sesebuah syarikat akan membuang atau memberhentikan pekerjanya atas sebab-sebab seperti masalah disiplin, penyelewengan, gangguan seksual dan kesalahan lain yang dianggap berat.

Namun perkongsian oleh seorang pengguna media sosial baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila dia mendedahkan dirinya baru dipecat majikan atas alasan mengambil masa yang lama untuk menunaikan solat.

“Baru pertama kali kerja tapi kena pecat sebab ‘solat lama sangat’. Bos tak kasi warning, terus pecat je,” tulis seorang wanita.

Tidak berkongsi lebih lanjut mengenai syarikat tempatnya bekerja, individu berkenaanmeyifatkantindakan majikannyaketerlaluan apatah lagi langsung tidak mendapatkan penjelasannya terlebih dahulu.

Sesetengah wanita mengambil masa ketika bersolat di tempat kerja kerana perlu menanggalkan solekan. -Gambar hiasan

“Saya solat kurang daripada 20 minit untuk setiap waktu. Nak tanya kakak-kakak, kira lama ke saya solat? Logik ke dipecat sebab ini?

“Staf lain ada yang Islam tapi saya tak pernah nampak mereka pergi solat selain solat Jumaat,” luahnya lagi.

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Pekerja cuak bos bagi ‘query letter’ selepas keluar solat Jumaat… Dua tahun kerja tiada isu, tiba-tiba dapat surat

ARTIKEL BERKAITAN:Majikan tak bagi solat, pekerja kena layan pelanggan VIP tak kira masa… terpaksa Zohor hujung waktu sambung dengan Asar

Namun rata-ratanya menyarankan supaya individu tersebut mengambil tindakan undang-undang kerana layanan majikan yang tidak adil, terutama sekali apabila melibatkan urusan solat.

“Kesiannya. Tak lama pun 20 minit untuk female. Itu standard la. Nak pakai telekung bagai, pakai tudung balik… memang makan masa.

“Saya sedang hadapi situasi ini. Staf lain tak solat jadi mereka bising saya ambil sedikit masa untuk solat. So terpaksa solat satu hujung waktu dan after masuk another waktu terus solat.

Tak lama pun 20 minit untuk female. Itu standard la. Nak pakai telekung bagai, pakai tudung balik… memang makan masa.

NETIZEN

“Pergi pejabat buruh terus. 20 minit tu tak lama. Saya kerja office, lelaki cuma pergi solat Jumaat je, jadi bos bukan Islam tak tahu dan tak cakna sangat pasal waktu solat yang wajib,” demikian antara komen netizen.

Sebagai maklumat tambahan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ada mengeluarkan garis panduan menunaikan solat dalam waktu kerja untuk dijadikan rujukan pekerja dan majikan.

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Garis panduan itu menyatakan, pihak majikan hendaklah memberi pelepasan kepada pekerja yang beragama Islam untuk menunaikan solat iaitu sekurang-kurangnya 20 minit bagi waktu solat, dan sekurang-kurangnya satu jam 30 minit untuk solat Jumaat.

Ia turut menyebut, pelaksanaan kewajipan seseorang pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat boleh diselaraskan oleh majikan mengikut kesesuaian waktu rehat.

Scroll to Top