RSS Suria

Pelakon Kamal Bakar sudah separa sedar selepas 2 minggu ditidurkan, kanser paru-paru masuk tahap 4

PELAKON Kamal Bakar sudah berada dalam keadaan separa sedar sejak Ahad selepas dua minggu ditidurkan akibat komplikasi kanser paru-paru.

Menurut anaknya yang juga pelakon Muhammad Hanis Kamaruldzaman, 35, jururawat memberitahu bapanya sudah mula memberikan tindak balas sejak pukul 12 tengah hari Ahad.

Kata Hanis, bapanya sudah mula menggerakkan anggota badan dan disebabkan itu tangannya diikat kerana bimbang Kamal bertindak mencabut wayar mesin bantuan pernafasan.

“Alhamdulillah ayah saya sudah separa sedar dan jururawat memberitahu ayah memberikan tindakan gerak balas dalam pukul 12 tengah hari semalam (Ahad).

Kamal disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Kamal disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

“Ayah sudah mula beri tindak balas seperti mengangkat tangan dan kerana itu tangannya diikat bimbang jika dia cuba untuk mencabut wayar mesin intubasi,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Kamal memberitahu doktor sudah memaklumkan yang bapanya menhidap kanser paru-paru tahap empat.

Apa lebih membimbangkan, sel kanser tersebut sudah merebak ke beberapa bahagian badan termasuk dada, saluran darah dan rusuk.

Hasil imbasan CT yang dilakukan juga menunjukkan bapanya diserang strok kerana dilihat mempunyai tompokan pada bahagian otak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Kamal Bakar ditidurkan, sudah 2 bulan disahkan hidap kanser

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Daddy Rock cari peluang berniaga, sedih hilang pendapatan selepas jatuh sakit… Tiada lagi tawaran lakonan

“Doktor sudah mengesahkan ayah menghidap kanser paru-paru pada tahap empat dan sel kanser itu juga sudah merebak ke beberapa bahagian termasuk dada, salur darah dan sebahagian rusuk.

“Hasil laporan CT scan juga ayah dikatakan diserang strok kerana terdapat tompokan kecil pada otak namun ia mungkin hanya strok ringan.

“Sekarang ini ayah juga mengalami jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru, jadi doktor sudah memberi antibiotik berharap kuman tersebut dapat dimatikan dengan segera,” jelasnya.

Selagi ayah tidak sedar dan kuman masih ada dalam darah, doktor tidak boleh meneruskan rawatan kimoterapi.

HANIS BAKAR

PELAKON

Hanis bagaimanapun memohon orang ramai mendoakan agar keadaan bapanya semakin baik bagi meneruskan rawatan kimoterapi.

Kongsi Hanis, bapanya kini sudah menerima ubat antibiotik bagi membunuh kuman yang ada dalam darah dan paru-paru.

“Selagi ayah tidak sedar dan kuman masih ada dalam darah, doktor tidak boleh meneruskan rawatan kimoterapi.

Hanis mohon orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.

Hanis mohon orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.

“Saya memang ada minta doktor lakukan sahaja pembedahan membuang sel kanser itu tetapi disebabkan sudah berada di tahap empat, hanya rawatan kimoterapi yang boleh membantu bagi mengecutkan sel kanser tersebut.

“Saya mohon orang ramai untuk mendoakan agar ayah saya kembali sedar sepenuhnya untuk menjalani rawatan seterusnya,” katanya.

Pada 4 Jun lalu, Kamal ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat komplikasi kanser paru-paru dan kekurangan oksigen.

Kamal dikejarkan ke hospital selepas keluarga bimbang dengan perubahan sikap yang ditunjukkan iaitu enggan bercakap dengan sesiapa namun tidak menunjukkan dia sedang sakit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top