RSS Suria

Pelakon Sophia Ibrahim meninggal dunia akibat sesak nafas

PELAKON legenda Sophia Ibrahim dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.15 malam, Isnin.

Allahyarham Sophia atau nama sebenar Safiah Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun.

Berita itu disahkan oleh Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez yang memaklumkan arwah mengalami sesak nafas ketika menghadiri program di Hotel Grand Barakah Ampang.

Sophia memulakan kerjaya senipada era 1960-an.

“Ya, kami dimaklumkan khabar duka itu tadi, ketika ini jenazah masih lagi di hospital.

“Arwah dikatakan ada program petang tadi dan mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke hospital.

“Kami mengucapkan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:Sophia Ibrahim dapat jolokan ‘pinggang kerengga’, filem Dr. Rushdi paling beri impak – “Saya hanya ikut jalan cerita”

ARTIKEL BERKAITAN:Setiap bulan terima berita artis veteran sakit, PKAVM anjur ‘Sepanjang Jalan Kenangan’ kumpul dana

Sementara itu, jenazah akan dibawa ke Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur pada Selasa.

Untuk rekod, Allahyarham merupakan pelakon kelahiran Singapura dan memulakan kerjaya pada era 1960-an.

Antara filem lakonannya adalah Dr Rushdi yang diarah dan dibintangi oleh Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada 1970.

Arwah dikatakan ada program petang tadi dan mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke hospital.

DATUK FREDDIE FERNANDEZ

PRESIDEN KARYAWAN

Selain itu, arwah pernah membintangi Dajal Suchi, Imam, Puteri Impian dan banyaklagi.

Sebelum ini, arwah dilaporkan pernah mengalami katarak mata sehingga mengganggu fungsi penglihatan beliau.

Malah arwah pernah menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Politik, Farhan Fauzi bagi meringankan kos pembedahan matanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top