RSS Suria

Peluang kemaafan sudah tertutup buat Aslam, Abby anggap tiada menantu

PELAKON Abby Abadi tidak lagi mahu menantunya iaitu Ahmad Aslam datang bertemunya untuk memohon maaf seperti diminta sebelum ini.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, sebaliknya menganggap tiada lagi keperluan untuk Aslam datang bertemu dengannya kerana dia tidak akan memaafkannya.

Malah Abby memberitahu dia tidak mempunyai menantu yang berstatus suami orang.

Abby tak mengaku Aslam sebagai menantu.

Abby tak mengaku Aslam sebagai menantu.

“Video siaran langsung yang saya kata suruh datang minta maaf itu tidak sah, ya.

“Jangan datang, tiada keperluan dan tiada maaf bagimu!

“Saya tiada menantu, lagi pula suami orang. Titik!,” katanya.

Abby meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada malam Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN:Silap terlalu berlembut, Abby Abadi kecewa dengan bekas suami berhubung isu anak

ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi hilang sabar anak tuduh buat cerita, dah puas ‘bagi muka’… Mujur tak simpan bukti Aslam ditampar

Bagaimanapun menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tetap berharap agar Aslam serta anaknya iaitu Marissa Dania Hakim tetap datang berjumpa dengan Abby.

Kata netizen luahan Abby itu sekadar rajuk seorang ibu dan jauh di sudut hati masih menyayangi anaknya.

“Tolong Marissa, sebelum terlambat. Bila ibumu bersuara maknanya masih ada peluang.

Saya tiada menantu, lagi pula suami orang. Titik!

ABBY ABADI

PELAKON

“Saya faham perasaan Abby, harap menantu dan anaknya datang memohon maaf atas segala kesilapan mereka,” tulis netizen di ruangan komen.

Sebelum ini Aslam, 26, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby menerusi hantaran di Threads.

Bagaimanapun menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Abby meminta Aslam untuk menghadapnya di rumah dan memohon maaf secara berdepan.

Abby ketika bersiaran langsung di TikTok.

Pada Selasa lalu, isu membabitkan mereka kembali hangat apabila Abby meluahkan rasa hairan ada pihak memintanya memohon maaf kepada madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Marissa menerusi kenyataan yang dibuat pada Jumaat bagaimanapun memberitahu mahu mengambil pendekatan menyelesaikan kemelut keluarga secara peribadi dan bukannya melalui media sosial.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuan keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top