KEDATANGAN Ramadan kali ini benar-benar membawa dugaan besar kepada seorang pemuda apabila dia ditimpa musibah.
Menurut cerita daripada kakaknya, nasib si adik yang bekerja sebagai pemandu e-hailing itu ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
“Kasihan kat adik aku diuji bertimpa-timpa pada bulan Ramadan ini. Hari pertama Ramadan diuji duit hasil buat e-hailing kira-kira RM1,000 hilang,” kongsinya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Pemandu e-hailing mencari rezeki demi menyara kehidupan sekeluarga. -Gambar hiasan
Wanita itu memberitahu, insiden tersebut berlaku selepas beg yang dibawa adiknya tercicir di sebuah stesen minyak tanda dinyatakan lokasi.
“Duit RM1,000 tu hilang dekat tandas. Beg dia tertinggal dalam tandas.
“Apabila dia masuk balik tandas untuk periksa, beg tu ada tapi duit dah lesap,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Motosikal habis minyak, guru terkedu dengar alasan pelajar nak cepat balik lepas dibantu – “Muka rasa macam ditampar”
ARTIKEL BERKAITAN: Duit ada tapi wanita bujang ini suka buka puasa di masjid sepanjang Ramadan… Tapi risau pula orang label kedekut
Hanya berselang dua hari, adik lelakinya sekali lagi melalui kejadian malang iaitupada hari ketiga umat Islam menjalani ibadah puasa, Selasa.
“Pada Ramadan ketiga pula dia diuji dengan tayar kereta bocor. Dah tukar tayar baru. Lepas tukar, buat e-hailing, tayar yang baharu tu bocor lagi.
“Kasihan dekat dia, keluar cari duit dari pagi, balik malam,” katanya tanpa menjelaskan jumlah kerugian yang dialami adik lelakinya.
Semoga dipermudahkan segala urusan adik… bayar zakat dan banyakkan sedekah.
NETIZEN
Lebih sayu, dua kejadian tersebut berlaku ketika mereka mahu meraikanulang tahun kelahiran anak kepada adik lelakinya itu.
“Kebetulan birthday anak dia pada Ramadan kedua. Mujur kami adik-beradik tinggal berdekatan.
“Boleh jugakongsi-kongsi sambut birthday anaknya,” tambahnya.
Dengan ketibaan 1 Syawal tidak lama lagi, dia berharap adiknya sekeluarga dapat menyambutnya dengan penuh kegembiraan.
Banyak komitmen perlu dibayar, lebih-lebih dengan kedatangan 1 Syawal. -Gambar hiasan
Sehubungan itu, dia memohon jasa baik para pengikutnya di laman sosial agar mendoakan kesejahteraan adiknya dalammenempuh ujian di bulan Ramadan.
“Moga Ramadan ini dia diberikan rezeki yang tak disangka-sangka,” katanya dengan penuh berharap.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa simpati terhadap luahan wanita itu.
“Semoga dipermudahkan semuanya. Ujian itu tanda Allah sayang. Apa-apa pun semoga dilimpahkan rezeki yang banyak. Amin.
“Semoga dipermudahkan segala urusan adik. Bayar zakat dan banyakkan sedekah. Istighfar selalu, insya-Allah.
“Yang pahit mesti ada manis di hujungnya,” demikian antara komen netizen.