RSS Suria

Peminat menghitung hari konsert Aina Abdul, nak bawa baldi ‘tadah’ air mata

PEMINAT berseloroh mahu membawa baldi ke Konsert Aina Abdul Imaji Tour yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada Sabtu.

Peminat membuat usikan itu kerana percaya akan mengalirkan mata kerana tersentuh dengan persembahan deretan lagu hit Aina pada malam itu nanti.

“Nanti kena bawa baldi tadah air mata.

Peminat sudah tidak sabar menantikan persembahan Aina di Sarawak.

Peminat sudah tidak sabar menantikan persembahan Aina di Sarawak.

“Menghitung hari nak berimaji bersama Aina, tak sabarnya,” antara komen peminat.

Apa membuatkan peminat bertambah teruja, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, turut memuat naik video nyanyian lagu terbaharunya iaitu Menua buat pertama kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih selesa dan eksklusif, konsert ‘Aina Abdul Imaji Tour’ naik taraf ‘fully seated’

ARTIKEL BERKAITAN: Jasa dalam bidang seni melebihi segala-galanya, Aina Abdul anggap Siti Nurhaliza layak bergelar Biduanita Negara

Video yang dimuat naik di Instagram itu menerima pelbagai reaksi netizen yang teruja dengan lagu tersebut.

Selain Unimas, Konsert Aina Abdul Imaji Tour akan berlangsung di dua lagi lokasi berbeza termasuk Zepp Kuala Lumpur (27 Disember) dan Universiti Utara Malaysia (11 Januari 2025).

Tiket bagi persembahan di Unimas dan UUM bermula dengan harga RM100 hingga RM180 manakala di Zepp KL dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top