RSS Suria

Peminat sebak tonton video Janna Nick minta doa daripada ‘Maryam’… “Semoga ditiupkan zuriat yang comel dalam rahim awak”

TINDAKAN pelakon dan pengacara Janna Nick meminta kambing betina mendoakan dia dikurniakan zuriat dalam satu video yang dimuat naik di media sosial miliknya mencuri perhatian ramai.

Dalam video berdurasi satu minit lebih itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, dilihat bercakap dengan kambing putih diberi nama Maryam.

"Doakan Janna dapat baby macam kamu ye," katanya.

Janna berharap dikurniakan zuriat suatu hari nanti.

Klip itu kemudian disusuli dengan ratusan komen menyentuh hati dan luahan para pengikut yang rata-rata mendoakan agar Janna dikurniakan rezeki cahaya mata.

"Apa ni kambing ja pun tapi sedih bahagian doakan saya dapat baby. Saya boleh rasa perasaan awak. Saya pun pejuang pasangan sedang cuba hamil (TTC). Saya doakan awak ye semoga dapat zuriat. Doakan saya jugak ye.

"Janna kenapa buat kita nangis.

"Semoga kak Janna dapat anak satu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick menangis suami dituduh bermasalah, sudah usaha hamil sampai minta Nabila Razali ‘pijak’ kaki

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada niat lawak ‘double meaning’, Janna Nick terlalu selesa buat content dengan suami

"Semoga ditiupkan zuriat yang comel dalam rahim Janna," kata pengikutnya di ruangan komen.

Video yang tular di TikTok itu sudah menerima lebih 900 komen dengan 700,000 tontonan selepas tersentuh dengan kejujuran dan harapan yang dikongsikan Janna.

Difahamkan kambing berkenaan digunakan untuk telefilem arahannya berjudul Susu Lima Kupang yang akan ditayangkan di TV3 malam ini.

Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan pelakon Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023 dan kini dalam usaha menimang cahaya mata pertama mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top