RSS Suria

Pemuda benci jadi orang miskin, perit kenang kisah tak mampu bayar yuran sekolah… Duit gaji bapa habis beli ketum, nombor ekor!

DIBESARKAN dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan membuatkan seorang pemuda benci untuk hidup susah.

Lebih pedih dan menyakitkan hati apabila kesusahan yang terpaksa dilalui pada waktu kecil itu berpunca daripada sikap arwah bapanya sendiri.

Menerusi luahan di media sosial, pemuda itu berkata dia berdepan pelbagai dugaan untuk menuntut ilmu.

Penyalahgunaan ketum boleh menyebabkan keluarga dilanda masalah. -Gambar hiasanPenyalahgunaan ketum boleh menyebabkan keluarga dilanda masalah. -Gambar hiasan

“Masa aku sekolah rendah arwah ayah aku tak bayar duit yuran van sekolah. Aku terpaksa jalan kaki dari sekolah sampai rumah.

“Masa aku sekolah menengah dekat asrama, arwah ayah aku tak bayar duit yuran asrama. Aku tak balik rumah masa cuti. Aku tidur dekat asrama.

“Aku terpaksa kerja dekat kedai makan depan sekolah. Masa itu aku tingkatan tiga,” kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang lori main judi ‘online’ kantoi dengan isteri, tertidur tapi lupa ‘off’ telefon… Anggap rezeki tak berkat, punca lambat dapat zuriat!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami minum 4 bungkus ketum selama 20 tahun, setiap bulan hutang 1K… Isteri masih bertahan sebab sayang

Lebih menyedihkan, selepas tamat tingkatan lima dia tidak dapat mengambil sijil berhenti sekolah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Maafkan ayah, jangan benci dia… jangan teruskan legasi miskin tu.

NETIZEN

“Sebab apa? Sebab yuran sekolah dan asrama tertunggak. Aku kerja separuh masa ketika cuti semester dan aku bayar yuran tersebut.

“Ayah aku kerja, tapi dia tak boleh tinggal ketum, ganja dan beli nombor ekor. Setiap bulan duit habis untuk benda-benda tu,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Perkongsian berkenaan mengundang rasa simpati warga maya terhadap lelaki itu dan memintanya bersabar.

“Maafkan ayah, jangan benci dia. Tahniah sebab kuat. Kita kena jadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak.

“Jangan teruskan legasi miskin tu. Yang salah kalau awak teruskan legasi tu,” kata warga maya memberi nasihat dan semangat.

Scroll to Top