RSS Suria

Pemuda ‘berjawatan’ dihubungi ‘awek’ lama lepas masuk grup WhatsApp sekolah, tak sempat balas isteri dah ‘cantas’ dulu

SEORANG wanita berkongsi pengalaman mencuit hati melibatkan suaminya yang menerima mesej peribadi daripada seorang kenalan perempuan.

Suaminya itu menerima mesej sejurus dijemput masuk ke dalam kumpulan WhatsApp alumni sekolah rendah.

Menurut wanita itu, suaminya hanya sempat belajar dalam tempoh yang singkat di sekolah berkenaan iaitu sewaktu darjah lima dan enam.

Majlis perjumpaan dengan rakan lama boleh mencetuskan masalah di kemudian hari dalam kalangan suami isteri. -Gambar hiasan AIMajlis perjumpaan dengan rakan lama boleh mencetuskan masalah di kemudian hari dalam kalangan suami isteri. -Gambar hiasan AI

“Dia di add masuk dan diperkenalkan dengan status dan jawatan. Terus ada kenalan perempuan mesej ke suami.

“Bunyinya begini ‘Hi awak, ingat kita lagi tak?’. Suami baca mesej itu ke aku. Aku bantai gelak.

Ex you ke? Wei kecil-kecil dah ada awek ke you? Aku tanya dia. Suami balas, I? Tak mungkin. I gemuk comotlah. Mana laku,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ‘terpaling’ hebat! Serik ke majlis reunion, rupanya ramai toksik… Bukan nak jumpa sangat tapi bangga canang pencapaian

ARTIKEL BERKAITAN: Bahana reunion, cinta lama bertaut kembali dengan ex-BF! Suami cerai isteri sehelai sepinggang selepas kantoi zina

Suaminya turut menafikan pernah bercinta semasa sekolah kerana katanya, ketika itu dia berbadan gempal serta comot sambil menyifatkan mesej yang diterimanya sebagai mencurigakan.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan jawapan suami, wanita itu meminta izin untuk membalas mesej tersebut.

Walaupun suami memintanya untuk tidak melayan dan mengabaikan mesej berkenaan, dia tetap membalasnya.

  • Suami terima mesej peribadi daripada kenalan lama selepas masuk grup alumni sekolah rendah.
  • Isteri curiga dan balas mesej dengan nada sinis, perkenal diri.
  • Pengirim terus blok nombor suami dan keluar grup.
  • Suami terhibur, isteri pula keliru dengan reaksi itu.
  • Netizen puji isteri, kecam wanita cuba dekati suami orang.

“Aku balas, ‘Hi, saya isteri xxx. Terima kasih berminat nak kawan dengan suami saya.

Apa kata sis kawan dengan saya dulu, nanti kita boleh refresh memori sis dengan suami saya sama-sama, OK?” balasnya.

Tidak lama kemudian, wanita yang mengirim mesej tersebut terus menyekat nombor suaminya dan keluar dari kumpulan alumni.

Aksi spontan wanita itu menyebabkan suaminya ketawa, tetapi dia sendiri tertanya-tanya alasan perempuan itu menghilangkan diri.

“Suami aku dah merah-merah muka sebab perasan ada peminat,” katanya.

Setiap pasangan suami isteri perlu berhati-hati apabila menerima mesej insan tidak dikenali. -Gambar hiasan AISetiap pasangan suami isteri perlu berhati-hati apabila menerima mesej individu tidak dikenali. -Gambar hiasan AI

Walaupun perkongsian itu melucukan tetapi bagi netizen sikap penghantar mesej tersebut boleh merosakkan rumah tangga orang lain.

Namun, suami wanita itu bernasib baik kerana isteri bijak menangani situasi tanpa terlalu emosi.

“Perempuan zaman sekarang tak tahu malu ke? Dah berapa lama tak bersekolah sudah tentu laki tu dah berumah tangga.

“Dengar ada pangkat sikit mula la. Dulu masa comot tak layan. Kalau betul kawan dia dah cakap dah nama dia terus,” antara komen netizen

Scroll to Top