RSS Suria

Pemuda kecewa lepasan SPM bangga tayang slip gagal semua subjek, tak layak cakap soal syukur! Kalau dah usaha, tak logik B.Melayu ‘ke laut’

SEORANG individu kurang senang dengan sikap seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menganggap kegagalannya dalam peperiksaan itu sebagai perkara biasa, malah bangga berkongsi slip keputusan di media sosial.

Dalam satu hantaran yang dibuat di Facebook, lelaki berkenaan memuat naik semula foto slip keputusan SPM 2023 yang tular, memaparkan remaja lelaki itu mendapat gred gagal (G) dalam enam subjek dan dua gred Tidak Hadir (T).

Menurut lelaki berkenaan, dia cukup sedih melihat keputusan yang diperolehi remaja lelaki terbabit lantas membayangkan perasaan serta pengorbanan ibu bapanya demi melihat si anak berjaya.

“Adik F**q M*q*i, adakah anda fikirkan ibu bapa anda selama ni? Saya nak leter pun nampak dah tak ada harapan melainkan awak repeat (SPM Ulangan). Selama 11 tahun (tempoh persekolahan) mak ayah membelanjakan hasil keringat tulang empat kerat untuk melihat awak berjaya.

SMK Puncak Alam 3 student Syakirah Farid,18, sharing her SPM results with her parents, Zarina Ismail (mother,55) and Farid Yusof (father,58) which had been keeping her company throughout her revisions and exam preparation at their home in Puncak Alam. — FAIHAN GHANI/The Star

Pelajar perlu berusaha membanggakan ibu bapa dengan mendapat keputusan peperiksaan yang baik. -Gambar hiasan

“Namun awak memilih untuk gagal. Apa perasaan mak ayah? Balik rumah, tanya mak ayah berapa puluh ribu (RM) dah habiskan untuk awak seorang. Yuran sekolah, belanja harian, belanja barangan kokurikulum dan sebagainya. Tanya dik.

“Pegang tangan mereka, tengok kulit mereka yang semakin menua dimamah usia. Itulah tangan yang membanting tulang berusaha keras membesarkan kau supaya menjadi orang yang berwawasan, berpendidikan, berpelajaran, berakhlak,” ujarnya dalam hantaran berkenaan.

Jika diteliti butiran pada slip keputusan berkenaan, pelajar tersebut mendapat gred G bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains.

Manakala bagi subjek Pendidikan Seni Visual dan Perniagaan, pelajar dipercayai bersekolah di sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor itu tidak hadir menduduki peperiksaan.

Selain kecewa dengan sikapnya, dia turut mempersoalkan mengenai kegagalan pelajar berkenaan menguasai subjek Bahasa Melayu yang digunakan setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar cemerlang SPM dungu disihir, pelaku dengki tengok ibunya gembira tayang slip – “Anak aku dapat 2A jeâ€

ARTIKEL BERKAITAN: Sangat positif, tiada kekesalan! Remaja gagal semua subjek SPM beri sebab tak perlu risau, yang penting ada ‘progres’

“Kalau ada yang skor tak apa dik, ni bahasa Malaysia pun kau gagal, apa cerita ni dik? Kurang-kurang, paling ‘busuk’ pun C atau B kalau namanya dah usaha. Itu baru layak dikatakan usaha.

“Apa cikgu kau selama di sekolah mengajar menghabiskan masa seharian tu tak terasa dengan pencapaian kau ni? Jauh di sudut hati, dia pasti kecewa.

“Sepertinya menghabiskan masa mengajar dengan anak muridnya yang tak reti bersyukur,” katanya lagi.

Lelaki itu turut membidas kapsyen yang ditulis lepasan SPM berkenaan yang bersyukur dengan keputusan diperolehinya.

“Kau berbual soal bersyukur? Terdetik dalam hati, kalau ini adik saya sendiri sudah lama kena pijak.

Tak tahu nak cakap apa. Semoga mak ayah budak ini kuat semangat je la tengok slip ni.

NETIZEN

“Sebab tak bersyukur senang-senang dapat pergi sekolah, belajar dengan selesa, belanja pun ada, tapi khianat dengan mak ayah sendiri.

“Apa pun dik, bertaubat dan pujuk semula hati mak ayah yang terguris dalam diam,” jelasnya menitipkan pesanan.

Pada hantaran tersebut, warga maya turut membanjiri ruangan komen meminta agar remaja terbabit insaf dan menyarankan dia menduduki semula SPM.

Sebahagian komen netizen.

“Tak tahu nak cakap apa. Semoga mak ayah budak ini kuat semangat je la tengok slip ni.

“Memang tak ada usaha nak bagi lulus ke dik. Macam mana la perasaan mak ayah dia.

“Bersangka baik lagi bagus. Semoga adik ni dipermudahkan urusan. Allah lebih mengetahui segalanya,” ujar beberapa netizen.

Pada Isnin, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan memaklumkan seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Jelasnya lagi, jumlah ketidakhadiran itu perlu ditangani dan diteliti supaya langkah intervensi dapat dilaksanakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top