RSS Suria

Pemuda pelik anak famili B40 boros, ‘shopping’ sakan lepas berduit… Sepatutnya lebih pandai berjimat

KESUKARAN hidup yang dilalui semasa kecil membuatkan ada individu berbelanja besar apabila sudah mempunyai pendapatan lumayan.

Menyedari situasi itu berlaku dalam kalangan orang terdekat, seorang pengguna media sosial mempersoalkan kewajaran tindakan berkenaan secara umum.

“Aku perasan anak-anak yang lahir dari keluarga susah atau miskin ni, akan boros apabila sudah ada duit atau kaya berbanding masa lalu mereka,” ujarnya ringkas.

Mengatur perbelanjaan dan simpanan kewangan adalah penting. -Gambar hiasan

Mengatur perbelanjaan dan simpanan kewangan adalah penting. -Gambar hiasan

Berdasarkan hantaran yang dibuat, dia seolah-olah mahu golongan yang lahir dari keluarga susah berjimat cermat kerana sudah faham erti kesusahan.

Pada masa sama, lelaki ini turut membandingkan situasi tersebut dengan mereka yang lahir dari keluarga kaya.

“Anak-anak yang lahir dari keluarga kaya dan berduit pula lebih kedekut dan pandai berjimat cermat,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar ‘sekolahkan’ pengguna B40, selera T20! Shopping barang dapur sampai RM500 kemudian merungut ‘hidup ini keras’

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mengamuk isteri beli seekor ayam, tuduh boros guna duit belanja dapur! – "Dia beli rokok boleh pula"

Mengakui hairan dengan perubahan sikap individu yang lahir daripada keluarga susah, dia turut mempersoalkan adakah ia berpunca daripada didikan ibu bapa atau trauma dalam diri.

“Dekat bahagian mana anak-anak tersalah didikannya atau mungkin ini dikatakan childhood trauma?

Saya dari keluarga susah, jadi apabila sudah ada kerja saya akan beli apa yang saya tidak pernah merasa masa kecil.

WARGA MAYA

“Adakah ini cycle yang okay,” dia cuba mendapatkan kepastian daripada warga maya.

Pertanyaannya itu membuatkan netizen tampil dengan pandangan dan pengalaman masing-masing.

Ada yang beranggapan, hidup mesti dinikmati dengan sebaiknya.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

“Aku tak la kaya, tapi anak-anak aku nak ajak beli baju pun tak mahu… katanya ada lagi yang elok dan boleh dipakai sedangkan aku yang nak belanja.

“Saya dari keluarga susah, jadi apabila sudah ada kerja saya akan beli apa yang saya tidak pernah merasa masa kecil sebagai mengubati jiwa anak kecil dalam diri saya.

“Bukan boros dulu tak merasa, apabila sudah stabil ada duit lebih… belikan untuk anak-anak.

“Apa yang aku nampak, keluarga dari golongan kaya ni suka berbelanja tapi tak adalah boros,” demikian antara reaksi warga maya.

Scroll to Top