RSS Suria

Pemuda resah gelisah terbayang-bayang GF kawan, jumpa ketika ‘game’ bola – “Ikutkan bukan type aku, tak pakai tudung”

SEBUT tentang penyondol, kita pasti terbayang tentang wanita yang dituduh merosakkan rumah tangga orang.

Namun kali ini, tular pula kisah seorang lelaki yang didakwa menjadi ‘penyondol’ dalam hubungan orang lain.

Kisah itu meraih perhatian ramai selepas tangkap layar pengakuan lelaki berkenaan dimuat naik ke Thread.

Sukan bola turut diminati kaum Hawa. -Gambar hiasan AI

“Macam mana nak buat kalau tersuka dengan girlfriend (GF) member sendiri? Boleh tak nak salahkan member, sebab siapa suruh bawa GF tengok perlawanan bola kami?

“Aku suka tengok je pada awalnya. Cuma lepas aku stalk, aku tengok life, cara dia semua, terus rasa tertarik. Rupa tu bonus.

“Cuma yang risau, aku dah mula ada rasa cemburu dengan member aku,” luah lelaki itu.

  • Lelaki mengaku suka teman wanita rakan sendiri.
  • Perasaan timbul selepas wanita itu datang tonton perlawanan bola.
  • Tertarik dengan sikap wanita itu walaupun tak bertudung.
  • Dia sebolehnya enggan jadi penyondol hubungan orang terutama rakan sendiri.
  • Netizen beri pelbagai reaksi, namun ramai yang mengecam.

Menurutnya, dia tertarik dengan sikap wanita itu walaupun penampilannya yang tidak menutup aurat.

“Ikutkan dia bukan type aku sebab aku tak tertarik dengan perempuan tak pakai tudung. Dia tak bertudung tapi bukan jenis liar.

“Macam tak ada pergi melepak, tak ada masuk club semua,” tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘berjawatan’ dihubungi ‘awek’ lama lepas masuk grup WhatsApp sekolah, tak sempat balas isteri dah ‘cantas’ dulu

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan kekasih buat ‘loan’ beli kenderaan, kongsi bayar bulanan! Si awek naik motosikal ke ofis, pakwe bergaya pandu kereta baharu

Dalam pada itu, dia juga bimbang gagal mengawal perasaan sekiranya mereka bertemu lagi pada masa akan datang.

Namun kata lelaki itu, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi perosak dalam hubungan rakannya sendiri.

“Aku jadi 50-50. Harap member aku bawa (ke perlawanan bola) sebab aku nak tengok GF dia. Tapi harap tak bawa juga, sebab aku takut tak berhenti (perasaan) ni.

“Aku tak ada niat nak sondol pun. Aku cuma secret admirer je. Sebab aku tahu salah. Tapi takkan aku nak berhenti main bola dengan futsal semata-mata sebab dia?

Wanita cantik sering jadi tumpuan lelaki. -Gambar hiasan AI

“Aku pun kira rapat dengan member aku ni, jadi takkan aku nak langgar bro code,” tulis pemuda itu lagi.

Perkongsian itu turut menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Patutlah suami tak bagi aku tengok dia main futsal. Mungkin aku cantik sangat.

“Bukan setakat awek. Suami juga tak perlu nak bawa isteri sangat apabila keluar lepak dengan kawan-kawan lelaki.

“Ini kalau member dia putus cinta, confirm dia sambar,” tulis netizen.

Scroll to Top