RSS Suria

Penangan kerap hantar anak ke tadika, bapa jatuh cinta dengan cikgu… Mesej di WhatsApp bukti siapa mula angkara

SETIAP isteri pastinya mengharapkan suami yang setia dan jujur dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Namun, seorang wanita kecewa selepas mengetahui suaminya menyimpan perasaan terhadap guru tadika anak mereka.

Dalam perkongsian di Thread, pengadu berkata dia hanya mengetahui perkara itu selepas dua bulan ia berlaku.

Keharmonian rumah tangga boleh tergugat dengan kehadiran orang ketiga. -Gambar hiasan AI

“Firasat saya selama ini betul, semalam suami mengaku yang dia suka cikgu tadika anak kami.

“Saya buka Instagram suami, kemudian pergi ke bahagian carian. Rupanya dia memang cari akaun Instagram cikgu tu.

“Kemudian saya periksa fon suami, ada rekod panggilan nombor cikgu tu. Allah, rasa nak gugur jantung,” tulisnya.

  • Isteri kecewa suami jatuh cinta dengan guru tadika anak.
  • Perkara terbongkar selepas dua bulan berlaku.
  • Suami hubungi dan kerap WhatsApp guru tersebut.
  • Guru tak layan, malah tunjuk bukti gangguan.
  • Isteri pilih untuk kekal dalam perkahwinan demi anak-anak.

Menurut wanita itu, dia mengesyaki suaminya jatuh cinta terhadap guru berkenaan selepas setiap hari-hari menghantar anak mereka ke tadika.

Di sebalik rasa kecewa itu, pengadu mengakui lega kerana suaminya hanya bertepuk sebelah tangan kerana nafsunya tidak dilayan guru berkenaan.

Pengadu juga berjaya menghubungi guru tersebut sebelum dia bercerita tentang gangguan yang diterima sejak dua bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar suami sendiri pun curang lepas kecoh kes ‘abang wiring’! Nombor telefon ‘Bengkel’ rupanya skandal pasangan

ARTIKEL BERKAITAN: Trauma suami curang belum padam, wanita sama tiba-tiba muncul berhubung atas alasan kerja

“Tapi yang bagusnya, cikgu tadika anak saya tu tak layan suami saya.

“Selama dua bulan ni, cikgu tu cakap suami saya kacau. Dia telefon, WhatsApp cikgu tu. Ya Allah, rasa nak pitam, sakit sangat.

“Dia terangkan satu persatu, dia tunjuk bukti yang suami saya je terhegeh-hegeh telefon dan WhatsApp dia banyak kali,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, pengadu berkata guru itu mendiamkan diri selama ini kerana tidak mahu dia terluka dengan perangai suaminya.

Kejelitaan guru muda pastinya mencuri tumpuan bapa-bapa yang menghantar anak ke tadika. -Gambar hiasan AI

“Jantan kalau dah kantoi, menangis, meratap, minta maaf dengan janji itu ini. Saya tak maafkan tapi saya pilih untuk stay. Anak-anak saya kecil lagi,” jelasnya.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa bengang terhadap suami wanita itu dan memintanya terus sabar menjalani kehidupannya.

“Percayalah, benda ni dah jadi tabiat. Nanti dia akan buat lagi dengan wanita lain.

“Logik je cerita ni. Saya kerja tadika. Memang ada suami yang jenis tak sedar diri nak menggatal dengan cikgu,” tulis netizen.

Scroll to Top