RSS Suria

Pengantin lelaki terlanjur dengan kekasih gelap… Tak pernah sentuh bakal isteri, rupanya nak ‘rasmi’ lepas nikah

SETIAP pasangan yang berumah tangga pasti mengimpian kehidupan bahagia, tetapi tidak semua impian itu menjadi kenyataan.

Kes pasangan curang sememangnya menyakitkan,apatah lagi jika ia sudah lama berlakusebelum bergelar suami isteri.

Begitulah nasib malang Zila (bukan nama sebenar), yang tidak menyangka hubungan sulit suaminya dengan kekasih gelap terbongkar,sehari sebelum majlis perkahwinan mereka.

Kehadiran orang ketiga antara punca konflik dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

Lebih menyedihkan, pengantin lelakitanpa rasa bersalah mengakui sudah terlanjur bersama wanita lain, demimemuaskan nafsunya.

Kisah itu dikongsi oleh rakan baik Zila menerusi satu hantaran di media sosial.

“Bercinta dengan laki dia tujuh tahun dari sekolah sampai habis degree. Punya baik jantan itu tiap kali nak berjumpa mesti depan keluarga, dating pun setakat dekat foodcourt saja.

“Masa hari majlis, aku pun pelik kenapa muka jantan ni macam kena paksa kahwin, senyum kelat, tak ceria. Rupanya sehari sebelum akad nikah dia mengaku dah dua tahun berskandal dengan budak 18 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sibuk ‘bela’ skandal, 12 tahun kahwin isteri tak pernah dapat duit raya! Terlambat, lepas cerai baru nak hulur

ARTIKEL BERKAITAN: Trauma suami curang belum padam, wanita sama tiba-tiba muncul berhubung atas alasan kerja

“Patutlah clean saja dengan Zila, baik tak ada sentuh-sentuh dan sangat menjaga Zila. Tak pernah over limit pun rupanya ada skandal untuk melepaskan nafsu.

“Tapi jantan tu minta maaf dan minta peluang janji tak buat lagi dan nak tinggalkan skandal dia. Deal punya deal, berjalanlah majlis,” katanya.

Kebahagiaan mereka bagaimanapun tidak bertahan lama apabila si suami kembali mencari ‘kekasih gelap’, hanya selepas sebulan mereka mendirikan rumah tangga.

Malah, luluh hati seorang isteri apabila mengetahui sebab suaminya berkeras mahu menyelamatkan hubungan mereka atas dasar ‘nafsu’ semata-mata.

Tak pernah over limit pun rupanya ada skandal untuk melepaskan nafsu.

NETIZEN

“Suami masih contact dengan skandal dia. Zilaasyik kena tinggal seorang.Lepas sebulan lebih kahwin, Zila dah tak tahan, dia terus mengadu dekat mak dia.

“Bila ditanya kenapakahwin jugadengan Zila kalau dah ada orang lain, laki diajawabSaya nak rasa dara dia saja. B*dohjantan macam ni eh!” ceritanya mengimbas kembali perbualan antara suami isteri itu dengan keluarga Zila.

Akibat terlalu kecewa, Zila mahu segera berpisah dengan suaminya dan membawa haluan masing-masing.

“Zila masa tu pula dah mengandung.Terus proceed cerai. Masa anaklahir langsung tak jenguk, tanya khabar ke apa. Sekarang nafkah pun tak pernah bagi,” kongsinya.

Komen netizen di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanetizen meluahkan rasa simpati dan marah masing-masing.

“Samakes kawan saya. Bercinta punyalah lama… ke hulur kehilir. Tup tup kahwin sebulan lebih saja.

“Sekarang ni dah tak boleh percaya mana-mana lelaki datang jumpa famili, mintaizin nak keluar dating. Rupanya perangai haukkk (teruk)juga.

Statement dia tu rasa nak tamparmulut dia, biadap betul!” komen netizen.

Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Scroll to Top