SETIAP individu yang bakal berkahwin pasti diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran menjelang hari bahagia mereka.
Seorang pengantin perempuan tidak terkecuali apabila meluahkan kekecewaannya mengenai sikap ibunya yang dianggap keterlaluan.
Menurut wanita itu, wang hantaran berjumlah RM10,000 yang diberikan oleh keluarga pengantin lelaki digunakan dirancang untuk tempahan dewan majlis perkahwinan serta goodies (cenderahati) buat tetamu.
Ujian setiap pasangan bakal berkahwin berbeza-beza. -Gambar hiasan
Namun, konflik mula timbul apabila ibunya mahu semua wang hantaran berkenaan diserahkan untuk tujuan membayar hutang arwah bapa.
“Mak saya macam tamak minta wang hantaran RM10,000 itu diserahkan kepadanya. Katanya, nak bayar hutang arwah ayah.
“Selebihnya baru diserahkan semula kepada saya untuk urusan hal perkahwinan kami,” katanya.
Jelas wanita itu, ibunya turut membantah apabila pihak lelaki mencadangkan wang hasil salam kaut (sumbangan ikhlas tetamu) di majlis perkahwinan nanti dibahagikan sama rata.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin pening hadap saudara mara suka meminta-minta, tak ‘sponsor’ homestay kena perli di grup WhatsApp
ARTIKEL BERKAITAN: Adik beradik lepas tangan, tak ambil cuti… Bakal pengantin menyesal buat majlis kahwin, semua kena urus sendiri
Difahamkan, pembahagian itu dibuat berikutan kedua-dua keluarga mengadakan majlis secara bersama.
Sebaliknya, ibunya sendiri mahu mengambil keseluruhan wang ‘salam kaut’ tersebut, sekali gus membuatkan dirinya dilema.
“Sekarang saya semakin tawar hati untuk meneruskan majlis sebab saya malu dengan pihak lelaki disebabkan perangai mak.
Mana boleh gunakan duit anak orang lain untuk langsaikan hutang famili sendiri.
NETIZEN
“Padahal mak saya tak perlu keluarkan duit satu sen pun untuk majlis kami, tapi dia nak duit saja. Sudahnya sekarang saya tak tahu nak buat apa,” ujarnya.
Buntu dengan situasi yang berlaku, wanita itu kini dilema, seolah-olah ‘tersepit’ antara memenuhi kehendak ibu kandung atau menjaga hubungan baik dengan keluarga bakal suami.
Menerusi luahan pengantin perempuan di laman sosial, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan pandangan masing-masing.
Komen netizen di Facebook.
Ada yang menyarankan agar dia berbincang dengan ibunya bagi menyelesaikan isu tersebut secara baik.
Pada masa sama, segelintir netizen meminta dia mempertimbangkan semula keputusan untuk meneruskan perkahwinan tersebut sebelum keadaan bertambah buruk.
“Tak boleh macam ni. Mohon pengadu tegur dan tegas dengan cara hormat.
“Mana boleh gunakan duit anak orang lain untuk langsaikan hutang famili sendiri.
“Ini kalau famili belah lelaki tahu ni mesti naik angin mereka. Dah kenapa jadi tanggungjawab orang lain pula nak kena langsaikan hutang. Keluarga sendiri yang patut selesaikan,” komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube